Peminat

Thursday, April 28, 2011

Pertandingan Ratu KAUL

Assalammualaikum...salam sejahtera...


Mesti korang tertanya2 kan? Ratu tu tau la kan..macam Permaisuri or Ratu Elizabeth dan sebagainya kan?
Tapi apa benda nama KAUL tu? Haaa....Nak cerita panjang kang tak habis pulak sampai esok pagi.... Jadi aku cerita la sket...Nama Ratu KAUL atau Teluwaih Jinih tu datangnya dari sempena PESTA KAUL yang diraikan oleh rakyat Mukah Sarawak...dah apa benda pulak dah...Pesta tau la kan? KAUL tu apa?


Dah laa....Cukup la dengan Pesta Kaul...Dah nama pun camtu..ikut je...


Pesta Kaul dahulunya (yang aku faham la..) merupakan satu keramaian yang diraikan rakyat Mukah bermula dari bulan Mac (mula dari setiap kampung) hingga hujung bulan April (hari kemuncak pesta) untuk memuja semangat laut...supaya murah rezeki dan sebagainya...ramai2 pakat berkumpul. Bukan setakat memuja je, tapi ada gak adat2 lain seperti Makan Berambe'h..iaitu makan beramai2..macam piknik...best ooo part ni..nanti aku cerita...pasai pa best sangat...


Selain itu ada sukaneka..macam sukan rakyat...kiranya diorang ni main permainan tradisional. Permainannya lebih kurang je macam kat semenanjung..permainan yang unik sekali adalah TIBAU/TIBAO...permainan ni adalah berayun macam buaian tetapi menggunakan rotan dan naik beramai2..bermula dari seorang hinggalah sebanyak yang mungkin... Untuk memahami lebih lanjut...cari la dalam Google..mesti ada... :)


OK..sambung pasal piknik tadi...yang bestnye piknik adalah makan beramai2 sepanjang pantai. Makanan disediakan sendiri tapi duduk sebaris panjang gila...part yang paling best adalah hangpa boleh join makan sekali kat mana2 hidangan walaupun hangpa tak bawa makanan..diorang ni sporting tau...makan je...pilih mana hangpa suka..


Tuesday, April 26, 2011

Ingatlah Orang Yang Tersayang

Assalammualaikum.....salam sejahtera....

Sudah lama tak update....takde idea nk buka cerita....tapi dapat la plak wat vlog...Hmm....

Oklah..tentang tajuk di atas, dalam kerinduan sebenarnya aku ni..teringat kat famili di kampung nun di utara semenanjung. Di pisahkan oleh Laut China Selatan....kena naik 'belon' balik semenanjung...mahal oo tiket....tapi kalau kena hari atau beli awal-awal, dapat la tiket murah..kena la merancang lebih awal....

Aku ngaku la aku ni jenis jarang telefon mak ayah aku..time-time tertentu je aku call..kadang-kadang mak ayah aku call....

Maaf la tak dapat post gambar mak ayah aku kerana tiada gambar yang proper untuk tontonan umum...nanti balik cuti baru aku amik lain gambar mak ayah aku dengan adik-adik aku...aku rasa nak gi kedai gambar amik kat studio..pkai cantik-cantik pe suma...Aaaahhhh..baru teringat, aku ada ambil gambar ngan diorang sekali masa aku graduate dulu...tapi ada dalam CD....kat kampung..Huwaaaaa...tak dapat post gak....hmmmmm....

Nak cerita panjang-panjang pun tak best kalau takde gambar diorang....sabar la ek....Sebelum tu....mai tengok vlog aku yang baru aku upload ni.....dapat idea masa tanya soalan kat dalam Facebook...



Ok suma...enjoy it...Peace!!!

Sunday, April 17, 2011

BARBEKU


Assalammualaikum...salam hujung minggu...

Alkisah tajuk rini...member ajak barbeku..bukan kat rumah tapi kat Jebungan...aku ikut jer..ingatkan suma trun, rupa2nya hanya beberapa sahaja yang diajak..

Kecil-kecilan je katanya.... Macam biasa, ayam lah hidangan utama dengan sosej yang telah diperam malam tadi.. menu tambahan adalah mee goreng basah..peh..pandai gila member aku masak...so secara tak rasminya aku la jadi tukang bakar.. Hadeeeeeh...ingat datang nk makan jer..nasib baik la ada experience bakar membakar ni...(xde kena mengena ngn Usop Wilca tau)

So aku mula la dengan membakar arang. Untuk pengetahuan hangpa, arang kat sini bukan nya arang kayu yang biasa kita pakai tau. tapi kt sini guna arang batu..sebb sini adalah tempat utama pengeluaran arang batu..

Menjadi satu pengalaman masa mula2 aku datang Mukah dulu..ingat senang nk bakar arang batu semudah ABC (bakar arang kayu cepat nyala, tapi cepat habis, kena sentiasa upload)..rupanya sesusah add math..punya la lama aku nk nyalakan arang nih..tapi bila dah nyala, perghh... yang bestnye arang batu ni tahan lama dan bahangnya lebih panas.

So aku dah tau dh teknik2 yang betul. (tapi tergagap2 jugak nk nyalakan arang batu nih). Siap ja masak, kami suma pun trus melahap(amboi, kasaq bahasa..) Masing2 hepi dengan makanan yang ada..Blurrrpp...Alhamdulillah..Kenyang sudaaa..


So thanks pada member2 aku nih...aku dapat makan free. Sapa tak suka makan free habaq mai? Taboh naya jaa.. Hahahahaha....

So fella's. Peace!!!

Pancing Udang

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Tengok pada tajuk pun hangpa dah tau apa aktiviti aku hari ini. Dalam kesibukan rakyat turun mengundi di bumi Mukah ini, aku ngan member aku turun memancing udang di sungai berhampiran Lamin Dana. Tempat yang agak digemari oleh kaki2 pancing untuk memancing udang.

Sebelum tu, aku nak gitau sikit pasal udang ni. Ada nama2 tertentu tau. Macam yang biasa kita dengaq, udang(udang biasa), udang harimau, udang kara, udang galah...betul tak? Klau hangpa tengok gambaq kat bawah ni, agak2 hangpa la.. Apa nama udang nih?


Gambaq tahun 2010 ni di Kuala Balingian. First time dapat udang sebesar tu. Seronok tak ingat :)


Haa...tau ke? Siap ada sepit biru tu...!Konfem hangpa sebut udang galah kan? SALAH!! Udang kara pun salah. Nama yang sebetulnya adalah semata2 U.D.A.N.G. Haaa..!! Rasa pelik kan? Kan senang je panggil udang sungai sebab pancing pun dekat sungai. Tapi udang yang biasa kita makan dari laut tu, depa tak panggil udang. Depa panggil PAYAK. Kalau yang kecil2 halus yang di buat belacan/cencalok tu dipanggil PADEK. Begitulah nama yang diberikan oleh penduduk tempatan di sini.


Meh tengok gambaq aku ngan member aku memancing.


Inilah PADEK yang kami buat umpan. (udang makan udang?)
Member aku (Fahmi) tengah pasang umpan.
Giliran aku plak pasang umpan. Aku cuma pancing atas titi ni je.
Si Fahmi ni pancing dekat tebing. Selalunya kami pancing kat atas titi sebab port ni selalu ada orang lain.    



































































So, macam biasa la..tengok rezeki. Kalau dapat banyak, Alhamdulillah laa..kalau tak,lain kali pulak pancing lagi..Hehehe...

Kat sini depa panggil lumayan kalau dapat banyak. Tapi bagi aku cukup lumayan kalau dapat udang yang dah bersepit biru..


Dapat lima ekoq besaq2 ni pun dah puas hati :)



Jom tengok gambaq lain pulak.


Tengah dok pancing, pakcik ni turun basuh jalanya. (Ingat nak tebar tangkap udang)

Yang pakai baju biru ini adalah staf tempat aku kerja. Dia memang suka pancing udang. Yang baju kuning tu adik dia.

Port lain pulak ni. Seorang pemancing udang sekurang-kurangnya kena ada dua joran.
 Opss...Untuk pengetahuan hangpa suma, suma gambaq kat atas ni adalah gambaq2 lama. Bukan yang arini punya..Ahahha..sori la ek? Takkan tiap2 kali aku nak kena bawak kamera aku...Hehehe... Tapi aku memang pegi pancing udang arini tau. Okla semua. Peace Out!!

Friday, April 15, 2011

MENANG!!!

Assalammualaikum...salam sejahtera...

MENANG LAGI!!!

Ya, SK Mukah johan pertandingan Action Songs dan akan ke peringkat seterusya...tapi yang tak bestnye kena bertanding semula dengan naib johan...ish....pelik ni....mintak2 jangan kalah pada naib johan sudah laa....



Kena plak dalam pertandingan rekoder pun menang!! Huhu..terus masuk peringkat negeri... :)


Sapa nak jadi pengiring diorang nanti?

Konfem la aku....................................................................................................bahagian Action Songs.. sebab aku kena jaga props...yang len2 GB tak bagi.....sebab nye, xnak orang 'sit in' aku..Hheheheh..

Jadi minggu lepas adalah minggu yang meletihkan...kena bersiap-sedia untuk pertandingan 2 minggu lagi..

Peace out!!

Wednesday, April 13, 2011

Kesibukan...

Assalammualaikum.....
Salam sejahtera suma....

AKU KESIBUKAN!!!!

Memang minggu ni aku sibuk dengan kerja aku...bukan lah kerja sekolah tetapi kerja2 membuat props untuk pertandingan Action Songs.. Tapi la kan.. Aku rasa kurang bermaya la tahun ni...kerja pun cam nak tak nak je... xde semangat..Bukan aku sorang je rasa camni, Angela pn rasa camtu gak...Hmmmmm.....

"Boleh menang lagi ke tahun ni?", itu la yang terngiang2 dlam pala otak aku...

Tahun lepas memang menang la peringkat bahagian, No. 1 beb! Peringkat negeri je no. 3...dan memang betul jangkaan aku sebab budak skool aku menari x synchronize...cuba menari sama je suma pergerakan..fuhh.. konfem ke peringkat kebangsaan plak....
So kat sini aku nk tunjuk pic aktiviti Action Songs taun lepas. Taun ni belum ada sebab esok baru nk bertanding... :)

So tema taun lepas adalah bebas sebenarnye... jadi idea Siti adalah berkenaan sayang..bukan cinta aa.. sayang pada kawan. Jadi ini props dalam gambar sebelah ini permintaan dari Siti...dan aku ubahsuai sedikit supaya tampak lebih menarik...aku memang suka wat kerja2 camni...meluahkan idea pada tempat yang betul...aku bangga dengan hasil kerja aku ni...pada mula pertandingan tu aku x pergi...ada pe ek masa tu..x ingat..so member2 len la yg ganti...dan sebab menang la baru aku pergi ke peringkat negeri di Miri sebab hal2 props ni aku yang kena jaga...nanti rosak ke apa..aku la yang kena cover balik...



































Alhamdulillah, props patah selepas pertandingan..Hahahahaha...
Comel kan diorang? Hehehehehe...

Saturday, April 9, 2011

Aku, BTO dan dot dot dot

Assalammualaikum...salam sejahtera semua...
Dah lama x update sebab sibuk kebelakangan ni..untuk itu aku tebus dengan buat VLOG..
Vlog tentang diri aku serba sedikit ngn BTO..Apa itu BTO? Blogger Tercinta...O tu aku tak tau...sama ada official or organization...entahlaa...so...klik la link kt bawah ni....tengok2 la video aku... :)

http://www.youtube.com/watch?v=n5P-wvK8oF4



Sunday, April 3, 2011

Senikah Itu? - Graffiti: Seni Atau Vandalisme?

Assalammualaikum... Yahaaa!!!
Bertemu lagi kita di arena Blogger... Seperti tajuk di atas, aku nak cerita pasal graffiti...maybe ada yang dah tau. Tapi kat sini aku nak kongsi serba sedikit..boleh la kan?


Perkataan graffiti berasal daripada Bahasa Itali iaitu graffiato yang bermaksud ""mencalar" atau "mengguris". Yang mana asalnya dari Bahasa Greek - γράφεινgraphein —bermaksud menulis. Kalau macam tu, kejadian mencalar kereta juga dikira graffiti. HUH? Pelik kan? Haha...dalam sejarah graffiti, ia telah wujud dari zaman gua batu lagi...contengan atau lukisan di dinding gua tu dikira graffitilaa..


Kalau diikutkan terma graffiti, ia adalah bentuk contengan, gurisan, catan, tulisan dan lain-lain dalam apa jua rekaan yang dibuat pada sesuatu dinding. Lebih kurang mural. Tapi itu adalah sebuah lukisan di dinding..graffiti sekarang pun dah macam lukisan di dinding jugak..camne tu?  Hmmm... 

Kesimpulannya camni laa....graffiti ini adalah sebuah bentuk seni. Memang tidak boleh disangkal lagi. Apa yang menyebabkan ia menjadi satu vandalisme adalah kerana hasil seni ini telah dilahirkan pada dinding, bukan sebarang dinding. Dinding harta milik awam..(maksud awam tu bukan la untuk semua orang suka suki menconteng).Mencalarkan kereta orang pun vandalisme tau? (pengalaman cikgu kereta kena calar oleh pelajar...huhuhuhuuu)


Tapi ada juga dinding itu khas untuk dilukis graffiti... sebagai contohnya diluar negara, tuan punya dinding tu mengupah si artis graffiti untuk melukis graffiti pada dinding itu mengikut idea tuan punya dinding... Woow.. Boleh buat duit oooo....Haaaaa...klau diupah, maka bukan lagi vandalisme.Susah nak jumpa kt sini sebenarnye...

Macam yang diceritakan, graffiti ini adalah dalam bentuk contengan/tulisan. Tapi kalau dah jadi satu lukisan, bukan ke di panggil mural? Hmmmmmmmmmm....betul jugak kan? Senang cerita la, graffiti ini adalah dalam bentuk tulisan atau huruf yakni mengeja nama yang kita susah nak baca....


Sebab tu graffiti ini boleh dikatakan artistik....unik....kreatif....cuba hangpa suma try tulis nama macam kat atas tu...susah sebenarnye sebab nak pikir dalam2 dulu susunannya..

Macam yang kita lihat, kebanyakkan media graffiti adalah tin aerosol (cat spray). Itu bukanlah bahan original tau. Sebab org dulu2 pun guna pisau atau benda tajam untuk mengguris dinding. Pastu mula ada pen, marker dan cat. Tak besar pun graffiti diorang, macam kita dok conteng dinding tu. Tulis nama atau lukis sesuatu. Nak tau lanjut? Klik kat sini - http://en.wikipedia.org/wiki/Graffiti

Graffiti ni mula menular dengan rancak melalui zaman hip hop. Graffiti juga digunakan sebagai menanda kawasan geng. Tapi ada satu yang menarik aku bagi sebenarnya dalam menanda kawasan ni.. Ingat tak selalu kalau kita kemana2, kita ada conteng, CONTOHNYE "Zai was here 1994"? Ada kan? Itu orang puteh panggil TAG.. Alaaaa...dalam FB pun ada...kan kita slalu tagging nama kt gambar tu? Haaaaaaaaaaa...FB adaptasi dari situ laaa....

Tagging ini adalah amalan yang biasa digunakan untuk menanda kawasan atau peringatan..kebanyakkannya menggunakan pen marker dan cat spray.



Satu masalah tagging ni adalah kebanyakkannye merupakan vandalisme. Kadang2 lucah dan kadang2 menyakitkan pemandangan mata...



 Aku sebenarnya suka trend tagging ni...tapi aku menggunakan pendekatan lain..aku menggunakan sticker yang aku tulis nama aku...so, xde masalah klau org nak cuci...klau nk wat gak, lagi senang hangpa cari font graffiti dalam internet, print out je...sila guna sticker kertas...sebab sticker vinyl (jenis plastik) tak boleh diprint permukaannya. Klau xpandai menulis laaa..hahaha...


Klau nak belajar buat graffiti ni...mula2 kena cari sifoo...pastu sanggup habiskan wang ringgit untuk beli cat spray...sanggup ke? Hendak seribu daya, xnak seribu dalih. Klau aku, aku akan menggunakan cat mural jee.. hehehe..but still design seakan akan graffiti...ok tak? Heheeheh...


Dalam arena graffiti ni, hangpa kena ada satu buku sketch yang dipanggil Black Book...macam diari lakaran laa..dan ada autograf dari artis..bukan artis pelakon/penyanyi tu tau...artis graffiti...klau nak tutorial, cari je dalam youtube... :)

Setakat sini saja nukilan aku sebagai pengenalan graffiti.... Aku akan teruskan lagi projek Senikah Itu? - Graffiti: Seni atau Vandalisme? sebagai satu pengembaraan mencari graffiti dan melihat vandalisme yang dilakukan dalam negara kita Malaysia. Akhir sekali sebagai peringatan, bagi pendapat aku, graffiti adalah seni kerana ia cantik, unik, kreatif. Sekiranya dianggap vandalisme, aku gelarnya Vandalisme Art (Seni Vandalisme). Vandalisme pula adalah tidak cantik, buruk, hodoh, berdosa pulak tu...mencacatkan pemandangan dan menyakitkan mata aku...

Ok semua? PEACE!!!!

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari)

Jangan sampai kita termasuk golongan yang bankrap atau muflis disebabkan kezaliman yang dilakukan semasa hidup di dunia sebagaimana sabda nabi saw :

Tahukah kamu siapa orang yang muflis(bankrap) ? Para sahabat menjawab : Orang yang muflis di antara kami adalah mereka yang tidak memiliki dirham dan harta. Kemudian Baginda bersabda: Orang muflis yang sebenar dari umatku adalah mereka yang datang pada hari kiamat kelak dengan pahala salat, puasa, dan zakat. Akan tetapi  dia pernah mencela orang ini, menuduh orang itu, makan harta ini, membunuh orang itu, memukul orang itu. Maka diambil amal kebaikannya dan diberikan kepada orang-orang yang dizalimi olehnya. Jika kebaikan miliknya telah habis sedangkan perkaranya belum selesai, maka diambil kesalahan-kesalahan (orang yang dizalimi) kemudian dicampakkan ke atasnya. Kemudian dia dicampakkan ke dalam api neraka. ( Riwayat Imam Muslim)
 
Kita hendaklah sentiasa bimbangkan doa orang yang kita zalimi. Akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi lalu membalasnya kepada si zalim.

Sabda Nabi:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Imam Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

<<<AMINNNNNNN>>>