Peminat

Thursday, May 26, 2011

Hari Guru: Baru nak post...Haishhh..

Assalammualaikum....salam sejahtera...

Apa kes nih? Dah lama dah lepas benda nih.....

Well, time ni je aku sempat nak update..sebab aku tak snap gambar lagi hadiah2 yang aku dapat..

Heheheheh....


 x buka lagi nih sampai penuh frame kamera aku


bila dah buka, tak banyak mana pun

heheheh..Alhamdulillah..dapat gak la kan hadiah...

Kat sini pun aku nk post video dari youtube


nak tengok video yang lain plak, klik kat icon Youtube kat sebelah kiri ni..

jangan lupa nak komen ek?

Ok Semua? Peace out!!!!

p/s: esok bersamaan hari khamis 26 mei jam 5 petang aku akan ke Kuching utk naik flight pulang ke semenanjung pada hari Jumaat...heheh..Balik kampung!!

Sunday, May 22, 2011

iluvblog blogwalking community

Assalammuaalaikum......Salam sejahtera...

Naaaaaaahhhh......

Aku memang suka jalan2 menerjah blog orang. Kalau aku suka dengan isinya, aku follow. Aku nak join Blogger Tercinta Official sebab group ni la yang "meracun" aku untuk mula berblogging dan membuat vlog dalam youtube.

Kini ada cara mudah untuk blog walking sampai muntah hijau iaitu melalui wootmedia.my
Korang boleh join mana2 group dan tinggalkan link sambil2 menerjah blog orang.

Kalau nak tengok group2 yang ada, klik http://bw.iluvblog.com/



Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking ? Senang..Ikot step di bawah:

  • Pergi ke www.bw.iluvblog.com
  • Di Home page,anda akan dapati terdapat 7 group seperti Blogger Tercinta Official,Sahabat Blogger,Blogger Pantai Timur dan sebagainya.
  • Click salah satu group
  • Anda akan dapati terdapat 500 link blog di setiap group tersebut
  • LEFT CLICK pada link blog tersebut ( right click akan menyebabkan open in new tab )

  • Satu pop-up window akan keluar dan blog tersebut akan loading di pop-up window tersebut
  • Sekurangnya-kurangnya 3 second diperlukan untuk loading blog di pop-up window tersebut bergantung pada internet anda dan juga blog tersebut
  • Gambar di bawah adalah contoh blog yang keluar di pop-up window tersebut



Berikut adalah langkah langkah untuk anda berdaftar untuk menjadi sebahagian dari komuniti blogwalking ini :
  • Buat satu entry/post di blog and bertajuk ” iluvblog blogwalking community”
  • Dalam entry tersebut,nyatakan anda mahu berada di group apa ( contoh sahabat blogger )
  • Copy paste penerangan “Bagaimana blogwalking cara mudah dan pantas di iluvblog^blogwalking” dalam entry tersebut supaya orang lain juga faham konsep blogwalking community ( tak letak gambar pon takpe )
  • Letak URL post ini supaya orang lain juga boleh sertai
  • Tag 2 orang rakan blogger anda..Hmmm.. aku nak tag Afizan dan Dayana
  • Submit url entry anda supaya orang lain boleh terjah blog anda.
Setakat ini sahaja entry simple aku...PEACE OUT!!

Saturday, May 21, 2011

Dah Bukan Rezeki...






Assalammualaikum dan salam sejahtera pada semua...

Cam sedih plak tajuk entry aku ni kan? Ahaha..nak buat camne kalau dah bukan rezeki... Rezeki apa pula ni kan? Ada orang nak tutup periuk nasi aku ke? Siapa la nak tutup periuk nasi aku. Aku kerja government..tak ada masalah laa...

Korang ingat lagi tak entry aku yang lepas? Alaa..yang nak ke Betong tu.... Aaaa..yang pertandingan Action Song...masuk ke peringkat negeri, tak dapat nombor tahun ni..huhu..takpe la kan... So, aku nak cite sket la perjalanan aku di sana...

So perjalanan aku bersama team bermula di hentian bas dan mula bergerak hampir pada jam 8 pagi. Sebenarnya bukanlah ke Betong, tetapi ke Saratok sebenarnya.. Awat jadi lagu tu? Saratok dalam daerah Betong. Itu la sebabnya..





Jadi sebelum sampai ke destinasi yang di tuju, kami berhenti dulu di bandar Sarikei. Kat sini ada la gak tempat yang cantik untuk amik gambar. So, menara jam la gambar pertama aku amik.



Ada juga orang tempatan lepak kat bawah menara tu... Rosak pemandangan. Tapi bagi aku, itu adalah situasi life bagi sesuatu gambar... Kira ada scene la...








 
Jadi ada monumen lain yang berdekatan mena jam tadi. Arca nenas. Apa yang aku ketahui, Sarikei adalah pengeluar buah nenas macam negeri Johor.

Tak sangka la kan?

So, memang ada la yang bergambar dengan buah nenas nih.








Jadi kami berhenti ni bukan la saja-saja. Pertama sekali, kami menjemput orang yang akan turut join pertandingan.

Sambil-sambil tu, kami makan tengahari la.. Makanan dah disediakan untuk anak murid aku. Untuk aku dengan cikgu2 yang lain? Kena order la dari restoran berdekatan. Nasib baik la ada yang halal.





So, lepas kami makan, kami pun menunggu bas tiba mengambil kami di terminal satu. Tempat bot penambang. Macam cite P.Ramlee, Pendekar Bujang Lapok. Tapi dah moden la kan..bot2 semua dah jadi bot ekspress. Macam feri ke Langkawi tu...


Sementara menunggu bas kunjung tiba, sempat la aku snap gambar sekitar.




Pasar ni betul- betul berdepan dengan terminal tadi.

Sempat jugak la aku snap pic sendiri dengan member aku  yang tengah jaga anak orang.



Bas pun dah sampai maka kami teruskan perjalanan ke destinasi kami iaitu Saratok. Sekolah yang nak kami tuju adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia, Saratok. Situ adalah tempat untuk kami bertanding Action Song dan Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman untuk pertandingan Public Speaking dan Story Telling. Masalah mula timbul kerana kami kena mendaftar di SK sedangkan bertanding di SMK. Aduhh..dah kena patah balik ke sana semula. Nasib baik ada rakan guru yang drive kereta. Terima kasih cikgu Zailan.

Dah abis mendaftar, kami pun menuju ke asrama yang disediakan. Yang lelaki tinggal di aspura dan perempuan di aspuri. Dah jadi satu hal baru pula. Member aku cakap tak bagus pisahkan murid lelaki dan perempuan jauh sangat. Ye laa.. masing-masing tahun 2 dan 3. Kecil lagi. Nanti ada aktiviti apa2, susah pula.

Nak dijadikan cerita, semuanya dipindahkan ke aspuri. Ada bilik kosong. Aku? Takkan aku nak join ke aspuri? Boleh tu boleh la nak tido sebab bilik asing-asing. Tapi masalah yang aku pikir time adalah macam mana aku nak mandi pe semua tu? Susah ooo.. Dah la ada student perempuan SMK. Nanti jadi apa2, konfem aku kena.

Nasib baik ada cikgu Agnus, dia nak tido di rumah sepupu dia btul2 belakang SK. Dia offer baik punya. Tunggu lagi... Dan kebetulan cikgu Zailan mencari hotel, tapi semua penuh. Dia pun terpaksa join aku tido kat rumah sepupu cikgu Agnus. Terima kasih banyak cikgu Agnus dan sepupunya.



So petang tu aku tak tahu nak buat apa. jadi aku ambil keputusan nak keluar jalan-jalan sekitar bandar Saratok ni. Tak besar mana pun.

Jadi aku lepak je kat monumen bandar ni.

Menara Majlis Daerah Saratok.

Sebab apa aku lepak kat sini? Sebab ada budak2 main skateboard depan monumen nih. Pergh..kat Mukah lom ada lagi aktiviti macam gini.

Diorang ni macam dalam belasan tahun la. Maybe dah ada 20-an gitu. Tapi tak ekstrem macam skater kat semenanjung tu. biasa2 je..

Jadi aku amik la beberapa keping aksi diorang.






 Dan malam mula berlabuh. Keesokkan harinya, cikgu Zailan pinjamkan keretanya kat aku sebab jarak ke tempat pertandingan Action Song dalam 1 km. Kalau nak berjalan, memang pecah peluh laa... Pertandingan bermula jam 9.30 pagi. Jadi aku gerak jam awal setengah jam. Bila dah sampai, aku setting la barang2 yang perlu. Dah selamat semua, aku pun snap la gambar2 kat sekeliling aku masa tu.






Maka bermulalah pertandingan..






 Jadi habis je pertandingan, kami rehat dulu, makan2 lebih kurang. 







Sementara diorang dok makan, aku ada kat belakang pentas. Kemas semua props yang digunakan untuk pertandingan tadi. 


Sambil2 tu berbincang sama ada ok ke tidak persembahan. Masing2 pakat setuju at least dapat la tempat di kalangan top 3.

Chewaahh...rasa cam hebat. Tapi aku tak nafikan sebab team aku memang agak menyerlah.






So, acara penutupan bersambung petang itu di SK..dah kena pergi sana pulak untuk menerima sijil dan mendengar keputusan pertandingan. Tengah dok berdebar2 tunggu keputusan nih! Jadi pengacara majlis pun mula mengumumkan pemenang.
(Aku skip terus ke pemenang pertandingan Action Song sebab banyak lagi kategori dan ucapan panjang)

PENGACARA MAJLIS:
"Pemenang tempat ketiga ialah.......dari Bahagian Samarahan!"

Huh!! Konfem team aku nombor dua ni....

"Naib johan dimenangi oleh................Bahagian Miri!!"

Haaaa...Yeaahh...Team aku nombor satu la ni!! Eh? Tapi, bahagian Kuching tak dapat nombor ke? Kita tunggu dulu...

"Johan pertandingan Action Song 2011 peringkat negeri Sarawak ialah...........Bahagian Kuching!!!!"


OWWHHHH!!! Kalah rupanya team aku..huhu..takpela...lain kali pula kita bertanding. Jadi, kami pun pulang dengan harapan yang punah. Well, nak buat camne. Dah takde rezeki. Anak murid aku boleh dikatakan hampir semua la down. Tapi aku tak la sedih sangat sebab dalam perbincangan semula antara kami, aku rasa ada yang tidak berlaku adil. Aku pun cakap gini je. 
"Lain tempat, lain peraturan"


So, aku hepi - hepi jer..Ohhh Yeeeaaahhhhh!!! Lain kali kita cuba lagi. Mana la tau rezeki kita pulak ke peringkat kebangsaan. Owh..BTW yang johan akan mewakili Sarawak dan bertanding di Negeri Sembilan 28 Jun ini.

Setakat ini je la entry aku. Terima kasih sebab rajin membaca. OK semua!!

PEACE!!!!!

Monday, May 16, 2011

Kemenangan Milik Aku! Syukur, Alhamdulillah....

Assalammualaikum dan salam sejahtera........

Yahaaa!!!

Aku menang contest Janggut Vs Muncung yang dianjurkan oleh saudari Leen dengan bantuan Kayif..
Klik pada nama untuk tengok blog diorang...






KLIK SINI untuk lihat page yang aku menang tu....hehehhehe....

Kali pertama aku join contest yang dikelolakan oleh seorang blogger, tambahan pula pengelola juga kali pertama menganjurkan contest nih..Heheheh...

Alhamdulillah, berkat doa semua, rezeki aku murah tahun ni... Macam2 dah aku menang. Syukur pada Ilahi kerana kurniaan-Nya. Amin....


Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Gawai: Gayu Guru Gerai Nyamai

Assalammualaikum....entry aku kali ini adalah berkenaan sambutan perayaan Hari Gawai yang disambut meriah oleh kaum Iban di negeri Bumi Kenyalang iaitu Sarawak.

Gayu Guru Gerai Nyamai - yang bermaksud, long life, health and prosperity.

Nak tau lebih lanjut, klik HERE. Malas nak cite panjang2 sebab takut salah sabdu. Yang aku tahu,

Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu.

Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.

Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Jadi apa yang aku nak cite sebenarnye, aku baru balik dari majlis makan malam sempena Hari Gawai (semalam). Bukan la gi makan, tetapi amik gambo..dengar kata ada pertandingan Ratu Gawai..Hoh! Tunggu lagi?


So sebelum aku pergi ke majlis tu, sempat la aku snap gambar senja ni...sebab cuaca yang agak memberansangkan, langit biru, so aku agak aku dapat snap gambar matahari tengah turun...

 


Memang ramai yang turun dinner ni. Bukan sebarang orang je yang dapat masuk sebab satu meja ni berbayar.







Aku tak bayar so aku ni adalah orang luar. Huhu.. Konfem la aku tak dapat makan kan?
Haha! Aku dapat makan juga sebab nama aku di bawah nama band D'Sago yang membuat persembahan malam tu.
Terima kasih Cikgu Zelan!!!








Jadi sebagai permulaan majlis, ada adat-adat yang perlu dijalankan.










 So ada la sedikit ucapan. Maybe doa kut..sebab aku memang tak faham Bahasa Iban.



Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang
Timbalan Ketua Menteri Sarawak
merangkap
Menteri Permodenan Pertanian & Pembangunan Luar Bandar
memberikan ucapan sempena
Majlis Makan Malam Perpaduan Gawai Dayak
Bahagian Mukah 2011
"SEGULAI SEJALAI"






Sementara menunggu ucapan YB yang panjang lebar habis, sempat lagi aku ke belakang pentas nak snap gadis etnik yang akan membuat persembahan.










So dah sampai masanya band D'Sago membuat persembahan. Kalau korang nak tau, ahli-ahli band ini terdiri daripada pekerja kerajaan. Aku dah sebut tadi Cikgu Zelan, dia adalah drummer.







Cikgu Patrick dari Pejabat Pelajaran Daerah Mukah dan Cikgu Nurul, isteri Cikgu Zelan sebagai penyanyi


.

Artis yang dijemput untuk memeriahkan lagi majlis malam itu adalah Claudia AF7



Habis segmen nyanyi, segmen tarian etnik Iban plak berlangsung.

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Ratu Gawai menjadi rebutan.



 Hanya tiga sahaja gambar yang dapat ditayangkan sebab gambar-gambar lain blurrr...rugi ah!

Ingatkan dah habis, rupa-rupanya ada lagi!! Tapi bukan gadis la, tetapi lelaki macho yang berpakaian etnik Iban. Boleh tahan...


 Aku tak tunggu lama nak dengar keputusan, siapa pemenangnya. aku gerak awal pulang ke rumah sebab dah lewat sangat. Memang satu pengalaman yang best. Tapi mesti lagi best kalau dapat ke majlis sebenar di rumah panjang. Hhehehe...

Setakat ini sahaja entry aku. Tunggu entry untuk Hari Guru pula..
Orait guys....Peace out!!!!