Peminat

Thursday, September 29, 2011

Akhirnya!!! Follower Ke 100!!

Assalammmualaikum...

Apa habaq semua?!

Hari ini aku berasa hepi ah ding dong...

Finally, my followers reach to 100 people!!

Terima kasih kepada semua pembaca/pengikut setia blog aku yang tidak setara mana pun, sepertimana yang  popular gitu-gitu dalam arena blogging..

Mari kita tengok sapa orang yang ke 100 ngikut aku nih....

.
.
.
.
.
\/



SYAFF KHADIRON!!!

Tahniah!! Anda layak digelar sebagai pembaca bertuah!!

Nak hadiah? Sila kontek saya!! Hehehehe...

Oklah geng.. Papepun Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi, blog aku ni masih hidup walaupun jarang2 update..

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang tersenarai dalam carta..

Peace!!
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
Opss..sebelum tu, kepada mana2 blogger ataupun bukan blogger,
BTO (Blogger Tercinta Official) menganjurkan pertandingan bowling
secara suka-suka untuk mengeratkan silaturrahim antara umat manusia. Yuran kemasukan macam biasa, bayar duit permainan dan kasut. Jangan risau, ada hadiah kepada pemenang yang ditaja oleh Admin2 BTO.



Sesapa nak join, sila ke page BTO di facebook. Join dulu page tu kalau nak view. 
Link ada kat bawah.






p/s: parent aku turun Jitra pergi merisik, hehehe...bestnye rasa hati!!


Thursday, September 22, 2011

Cerita Pasal Raya 2011 Part III

Kalau hangpa belum baca part I & II punya, hangpa boleh klik link kat bawah ni..

Cerita Pasal Raya 2011
Cerita Pasal Raya 2011 Part II

30 September 2011
.
.
.
.

1 Syawal 1432 Hijrah



Pagi raya, macam biasa bangun awal sembahyang subuh, baru mandi sunat Aidilfitri...
Siap-siap ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan ziarah kubur.
Balik rumah, kumpul ramai-ramai, salam bersalaman, minta ampun dan maaf.
Jumpa orang tua, salam mohon ampun, duit raya?
Hehehehe..
Takkanlah aku nak minta duit raya lagi kan?



Macam biasa, aku tak ke mana-mana pada Hari Raya pertama.
Adik-adik aku je yang keluar jumpa kawan-kawan diorang.
Aku stay di rumah bersama famili yang lain.
Itu pun dah cukup meriah.
Raya yang seterusnya baru la keluar pergi rumah sanak saudara yang lain.
Raya tahun ni aku tak jalan beraya jauh-jauh dah... :(

Opps..lupa lak yang aku kata pergi Perlis amik lensa DSLR aritu, 
tapi tak diambil kira tu sebab aku pergi sana pun time posa, bukannya beraya.
Tak dikira ok..

Nak jumpa kawan2, dah janji nak kumpul ramai2,
Alih2 tak jadi..adehhhhh...
Sedih gak laaa...
Tapi tu la ada sorang member kamcing aku nih...
YonZ...punya la nak wat surprise konon, nak jumpa aku.



Dah la time tu aku tengah melawat Mak Long aku yang tengah sakit.
Ok la fine, member punya pasal, nanti dah nak sampai Merbok, calling laa..nanti aku balik.
Dah sampai ke sudah takde respon..
Bila dah malam dah dekat pukul 10 baru nak contact yang dia ada kat Semeling kat rumah Norliza.
Haduh...awat lambat sangat bro?
Mau tak mau aku rush jugak pergi Semeling. Nak tengok anak sulong dia..
Huhuhuhu..member dah ada anak weh..aku bila lagi.....Waaaaa...

Raya ni tak bertemu jodoh lagi ke? Hmmmmmm....

Jadi aktiviti raya aku tahun ni tak macam yang lepas2.
Insyaallah next year kut baru ada perubahan.
Setakat ni je la cerita pasal raya aku pada tahun 2011.
Bukan ada apa pun, cuma sekadar meluahkan perasaan je..



Haa...sebelum aku balik ke Mukah, Sarawak.
Aku sempat pergi shopping, mencari seluar jeans yang aku nak aritu.......
Dan aku jumpa jugak akhirnya!!!!
Yaahuuuuuuuuuu!!!
Baru la padan dengan kasut Supra aku...
Thehehehehe...
Seluar jeans jenama Diesel. Slim fit walaupun saiz pinggang yang besar. :)
(bukan minyak aaaa..tampar karang)
Jadi aku dapat juga beraya dengan seluar baru di rumah kawan2 di Mukah ni..

Sekian saja...Peace out!!





p/s: aku dah jumpa adik Kak Wani, berkenan plak aku. Insyaallah kalau ada jodoh.

Saturday, September 10, 2011

Tangisan Dalam Doa Ku...

Tak pernah-pernah aku menangis semasa berdoa selepas sembahyang...
Pertama kali aku menangis memohon doa daripada-Nya demi  kesejahteraan kawan aku yang baru aku kenal dan tak berapa rapat....
Tak pernah tau.... 1st time tau..1st time!!!!

Ya Allah Ya Tuhanku...Kau berikanlah petunjuk kepada sahabat aku yang aku dah anggap macam adik aku sendiri...Hanya Engkau sahaja yang tahu...dan Engkau sahaja yang merancang segalanya...redhai lah dia Ya Allah... Kurangkanlah segala musibah yang terjadi ke atas si dia yang bernama Dayana Ramli...

Engkau bukakanlah pintu hatinya...Engkau kuatkanlah imannya...

Amin..Amin..Ya Rabbana Alamin...






p/s: entry paling pendek dalam blog aku ni.....

Cerita Pasal Raya 2011 Part II

Kalau hangpa belum baca part I punya, hangpa boleh klik link kat bawah ni..

Cerita Pasal Raya 2011


Kita sambung lagi...

Tengah malam sampai kat rumah, terus aku cari mak ayah aku...
Salam lebih kurang..jumpa tok (nenek) sebelum kemaskan diri untuk masuk tido...
Memang letih dan ngantuk tahap gaban ahh ding dong...
(rugi aku satu malam tarawih...ntah2 malam tu malam lailatul qadar..huhuhu)


Esoknya lepas sahur dan sembahyang subuh, aku terus lena dibuai mimpi..
Penat masih belum hilang...sampai la ke sembahyang Jumaat. Mata masih berat.
Tapi aku tak terus tido sampai ke petang. Ada la aktiviti yang aku buat.

Member plak call, bila nak datang Perlis amik lensa Nikkor 35mm?
Huhu..dah cadang nak pi esok (Sabtu) tapi dah ada plan dengan famili nak pi shopping raya...
Takpa laaa...bukan takdak hari lain..



So Sabtu tu aku keluaq ngan famili aku mencari baju raya. Dah janji nak belikan baju teluk belanga untuk ayah aku. Mak aku takpa dah. Dia jahit sendiri baju raya dia.
Ayah aku lain sket, kalau nak beli tu biar alang2 la kan..cari yang berkualiti dan up to date..
Memang merata kami pusing, last2 singgah Parkson juga.
Memang semua barangan berjenama..Aku belikan untuk ayah aku sepasang, adik bongsu aku sepasang.
Adik tengah aku kata dia nak pakai baju tahun lepas lagi sebab masih elok. Selamat jugak la duit aku kan...

Dah habis pusing, mak ayah ajak balik. Aku suruh diorang carry on sebab aku masih tak puas pusing lagi.
Bukan pe, aku tak beli lagi baju raya aku..
Dah jumpa awal2 lagi tapi tak beli..biasalakan...survey dulu...
Nasib baik la datang dengan 2 bijik kereta. Mak ayah aku balik rumah, aku dan adik2 aku teruskan perjuangan mencari pakaian untuk sambutan Aidilfitri..



Baju teluk belanga aku berwarna hitam tahun ni...
Mak aku pulak asyik dok kata..asyik2 hitam...hitam2 asyik...
Padahal selama aku hidup, inilah kali kedua aku pakai warna hitam. Yang 1st tu aku pakai masa sekolah menengah..itu pun tempah dari orang kampung...Warna hitam berpatern kotak2 kecik...Eh? Baju raya ke tu? Tak ingat laa...


Aku beli pun sebab nanti boleh dipakai untuk majlis2 rasmi kemudian harinya. Sebab tu la aku beli warna hitam gak...

Last sekali adik tengah aku ajak aku pi cari seluar jeans...
Haa..aku pun memang dok cari2 gak..kali ni aku tau dah jeans camna aku nak pakai..sesuai dengan kasut Supra aku tu... Dan......sememangnya takdak yang sesuai.. Biasa la..
Saiz pinggang besar mana ada yang slim fit punya. Kalau ada saiz pun semuanya yang regular atau straight.. Faham2 la bila dah pakai...muat memang dah muat tapi bila sampai ke bahagian bawah yakni bahagian kaki..dah jadi baggy..bell bottom...huh...member cakap, dia selalu pi alter je kat kedai jahit kasi kecik bahagian kaki tu.. Masalahnya lagi 2 hari nak raya..mana ada kedai nak terima dah... Last2 aku memang tak beli..pakai je mana yang ada.. Dan aku jugak keluarkan duit untuk jeans adik bongsu aku..Adik tengah aku ada duit sendiri...nasib baik lagi la..

Baju raya a.k.a. T-shirt?
Memang aku tak beli tahun ni...

(Bersambung)


Cerita Pasal Raya 2011

DING DING DING!!!

Assalammualaikum...... kenapa bunyi ketuk dinding? Eh? Loceng...?
Sebab post aku kali ini adalah yang ke 50!!! Semenjak aku mula berblogging pada bulan Mac yang lepas.

Nak cerita pasal raya ni, suma orang ada cerita masing-masing. Kadang-kadang cerita tu dekat-dekat nak serupa. Hari ni dah masuk raya ke 10...awat tak cerita awai-awai? Mau tak nya...aku dok kampung, mana la ada line tenet...Jadi sekarang aku dah pulang ke Mukah dan aku dapat online 24-7.

Jadi biarlah aku mulakan cerita aku....



Raya kali ni bagi aku agak hambar...pasai pa? Pasai aku tak jalan ke mana-mana. Duit bonus+hutang dari member x ckup menampung keperluan raya aku....hmm...xtau laa...

Kita mula dari awai laa....

Raya kali ni aku guna waran (tiket free kapal terbang) start dari Mukah terus ke Alor Setar. Guna MAS la kan. Memang best pakai tiket free nih, tapi yang jadi tak bestnya, perjalanan yang sepatutnya singkat, mengambil masa sehari suntuk. Masyaallah...



Bayangkan aku mula bertolak pukul 10 pagi di lapangan terbang kecil Mukah dengan menaiki MasWing twinotter ke Kuching, pastu ke KL naik Mas jam 12, stay KLIA sana sampai pkul 7, aku sampai ke Alor Setar jam 9 malam? Kira transit la ni...Haish...tak patut betul. 
Aku naik Air Asia waktu pagi pun boleh sampai petang di rumah..siap boleh bukak posa lagi. Itulah padahnya guna tiket free. Waktu transit yang terlalu lama...kena bukak posa kat terminal sebelum naik flight. Kalau naik Air Asia dari Kuching, memang akan terus turun Penang...



So adik aku datang jemput....lewat sket sebab ujan tengah lebat time tu...so, aku sampai umah tepat jam 12 malam.....

(Setakat ni dulu cerita dari aku....nanti aku sambung lagi part seterusnya)