Peminat

Sunday, February 19, 2012

Santai Ke Daro


Assalammualaikum...

Salam sejahtera....

Perjalanan aku ke Daro, Sarawak ni bukan la seperti yang dirancangkan....
Ada member aku ni, aku tanya la dia...

 "Ada plan pape ke petang ni..."

"Aku nak ke Daro, hal keje....nak ikut?"

"Eh? Takpe ke?"

"Takpe...kejap je..."

"Elok la tu...lama dah aku nak ke sana.."

So dalam jam 2.30 petang, kami (aku, Hell69, Ramli-rakan sekerja Hell69) pun mula bergerak....
Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih dan kena naik 1 feri untuk melintas sungai Igan....
(bukan feri Penang atau Langkawi ye....well lebih kecil dari feri Penang yang memuatkan 15-20 kenderaan sahaja...bergantung pada saiz kenderaan dengan harga tiket RM 1 sekali naik)

Sori takde pic dan aku sudah rasa menyesal sebab tak ambil gambar masa dok atas feri..huhu.... :'(

Dalam perjalanan ke Daro, member aku drive ikut jalan lain yakni ke Matu...1st time aku lalu situ... lain rasanya...tak sempat nak singgah ke pekan Matu...kata member aku, pekan koboi....huuuu..best tu... lain kali kena singgah...


So, sebelum sampai Daro, member aku nak singgah ke Kampung Tebaang, well, tak sampai pun... Kampung tu, nuuuuu... masuk jauh ke dalam... Jadi aku ambil peluang ajak member aku masuk ke dalam. Nak cari sekolah tempat kawan aku bekerja. Tapi dia dah pindah. Takpe laa... Saja nak try tengok...


Seriously, jauh...dan apa yang menjadikannya worst, jalannya yang berbukit2... Bukan bukit-bukau tau... tapi jalan yang bergelombang teruk.... Habis la klau kereta modified masuk...


Siap ada amaran tengkorak lagi... :P


Selepas mengharungi jalan yang berliku2, mencabar diri di lambung2 di back seat kereta kerana laju melanggar bukit2 kecil...Haduiii...pening kepala den....baru jumpa perkampungan kecil yang ada sekolah di dalamnya... Sempit gak jalan masuknya...

Masuk-masuk je terserempak dengan budak2 kampung yang bergelumang dengan lumpur.


Bukan senang nak jumpa nih.. trus aku capai kamera aku dan SNAP!!

Teringat aku masa aku kecik2 kat kampung halaman...


Tambahan pula bertembung dengan budak yang memanjat pokok nih...hhehehehe...




Akhirnya, sampai juga ke sekolah rakan aku... Walaupun dia dah pindah semula ke KL, tapi aku memang teringin nak tengok sekolah dia kerana pengalaman dia mengajar di sini... Betul katanya...jalan teruk dan sempit...kereta memang susah nak masuk....well...asalkan ada line tepon, elektrik dan air... itupun dah cukup utk survive.. Aku tak masuk la ke dalam... Setakat di depan sekolah pun cukuplah...

Kemudian kami pusing balik dan terus ke pekan Daro...

Sempat gak aku snap gambar nih... hehehe :)


Siapa cakap gadis Sarawak tak comel?

Sampai2 je di Daro, terus member aku refill minyak. Lepak minum2 kat medan baru.... dah lama tak datang, dah ada medan makan...kalau tak, memang susah sikit nak cari tempat makan. Abis je isi perut, kami pun pusing2 pekan Daro dengan berjalan kaki sambil tangan memetik kamera DSLR.


Bukan lagi pekan koboi seperti dulu..


Walaupun berusia, tetapi menggunakan aircond... ;)


Hell69 - Photogenix69's member...


Cantik kan?


Tangga nih...percaya tak...? :P

Habis pusing2, kami pun memulakan perjalanan pulang. Tapi sebelum tu, kena singgah jap ke rumah kakak Ramli, nak ambil barang katanya.



Cantik nye rumah tu....

 Aku tengok la barang tu tapi kecik je dalam plastik hitam...

"Pe benda tu?"

"Tempoyak...."

"Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........................."


Perjalanan pulang ke Mukah diteruskan...naik feri pun dalam keadaan gelap...memang tak duduk luar macam siang tadi... 

Sampai sini je...

Terima kasih sebab membaca....

Trip ke Gua Niah hari tu pun belum buat lagi...hadeii....

Peace out......

p/s: akad nikah aku 27hb Mei, malam. Kenduri sebelah rumah aku 31hb Mei, sebelah perempuan 2hb Jun...