Peminat

Wednesday, August 24, 2011

Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita



Assalammualaikum....
How is it hanging yooo...

Waiseh..jadi Anwar Hadi la sekejap...
Seperti tajuk di atas, aku nak join contest nih sebab aku memang pakar tang edit foto nih...
Hangpa nak join gak? Klik salah satu nama nih...


Korang ikut je rules yang diorang wajibkan tu..ahahaha

So, meh kita tengok pic yang aku pertaruhkan nih...


Sebelum HDR editing (original)





Selepas HDR editing (photoshop cs5)



Sinopsis: 

(cewah..cam movie plak...)

Gambar di atas di ambil secara candid ketika tengah memancing udang di sebatang sungai di Mukah, Sarawak. Masa ni memang tak sangka la ada jugak pakcik yang turun membasuh jalanya tu..Nasib baik bawak DSLR...kalau tak, rugi ah ding dong....

Dan hasil pancingan aku dan kawan aku ketika itu boleh dikatakan tidak berapa lumayan jugak la...gara-gara terikut kawan yang kaki pancing...tak kisah la..1st time nih...




<----Gambar sebelah ni adalah kawan aku, Fahmi yang kaki pancing tu laa...



Dan pada hari berikutnya, hasil tangkapan makin lumayan. 
Terima kasih kepada Fauzi Po'g kerana telah memberi kata-kata nasihat dan galakan dalam menceburi arena memancing udang... Walaupun udangnya kecil2 tak kisah, asalkan banyak..
Best!!!











Muka hepi gila nih------------------>

Ni pic aku dengan udang sepit biru yang telah besar bagai johan..hihihi...
Besar weh...puas hati aku..tapi udang ni bukan la aku pancing kat sungai yang sama..tapi di sungai Balingian...jauh tempat tu dari Mukah...tapi sekor ni jela yang dapat besar pun...yg len2 kecik dan x byk....lepas kejadian nih..aku pun terus bersemangat nak pancing udang walaupun udang-udang tu masih kecil.... :)
Orang tempatan cakap, dapat sekor dua pun dh cukup buat habuan masak dengan megi kari..hahah..
Betul jugak...






Setakat ini je la celoteh aku..

Harap2 aku tersenarai dalam kontest..hihi..

Sebelum tu, nak tag orang.

1. Dila Bahar
2. Ainna Jalil
3. Dayana Ramli
4. Danial Ali
5. Eddy Ahmad
6. Tiada Nama
7. Lala Genie
8. Chunk Kul
9. Sape lagi ek?
10. Tak boleh nak pikir dah...

Halammak......udah2 la...PEACE OUT!!


Wordless Wednesday # Go (5)


Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday # Yon (4)


Mari Membebel : KAD RAYA give away limited edition! Jommm join

 

Yahaaa!!!
Assalammualaikum semua...
Tengah dok chatting ngn adik2 blogger kat FB, aku ternampak satu GA nih...
So........

Entry aku kali ni berkaitan dengan give away dari Nurul Atiqah. Dia nak bagi kad raya kat aku kalau aku wat entry nih.. hahaha...
Kalau hangpa pun nak juga kad raya dari Cik Mek Molek nih...hangpa klik la banner kat atas tu...hehehe

Syarat-syarat dia senang je...

1. Buat tajuk entry "Mari Membebel : KAD RAYA give away limited edition! Jommm join"
2. Copy paste banner di atas dan link kan ke GA dia..
3. Buat satu karangan tentang makanan feveret korang di hari Raya (nak buat rumusan pun xpe)
4. Buat ucapan raya
4. Tag seberapa member yang boleh....
5. Tarikh off 23 Ogos 2011...

Jadi mari kita mulakan...

Ketupat Oh! Ketupat..

Kalau takde benda nih memang tak sah...tiap2 Hari Raya mesti mak aku buat sebab macam dah tradisi dari aku kecik lagi. Ketupat yang aku maksudkan adalah ketupat pulut tau bukan ketupat nasi.... Kalau kat Kedah aku panggil ketupat daun palaih (palas). Kalau ketupat nasi tu, aku panggil nasi impit je (bungkus dalam plastik) sebab jarang sekarang nak tengok orang buat ketupat nasi secara tradisional..maybe yang jual sate tu masih ada lagi kut..mak aku pun masih buat nasi impit nih..feveret adik aku..



Masa aku duduk kampung dulu, mak aku mesti suruh aku cari pucuk daun palaih. Maklum la, berlambak tumbuh kat belakang rumah. Sekarang dah tak banyak, tapi masih ada lagi di sekitar rumah aku. Kalau takde, kena la cari kat pasar. memang ada orang jual kat pasar. Tengok la dulu mahal ke murah.




Memang jerih nak buat ketupat ni sebenarnya. Mak aku bersusah payah buat ketupat untuk anak-anaknya makan. Terima kasih mak. Sehari ke dua hari sebelum nak buat ketupat tu, daun palaih kenalah dibentuk dahulu supaya senang nak disumbat pulut dan membalut (membungkus).



Pastu nak tanak pulut pun satu hal jugak. Kena rendam dulu, pastu pulut tu di tanak separuh masak. Bukan dah masak terus. Sama ada nak buat kosong atau ada isi kacang soya.



Dan bermulalah proses mengisi dan membalut.....kena ada skill nih..tak betul cara boleh terburai balik ketupat tu...mak aku memang hebat. Dah kata tiap2 tahun dok buat ketupat..memang takde masalah laa..



Dan siap semua dibalut, ketupat2 kemudian direbus dalam periuk yang agak besar sebab ada banyak ketupat (mengikut daun palaih yang ada). Ada sekali tu mau lebih 100 biji gak la. Agaknya daun2 palaih tu kecik kut. Kalau yang besar tu memang besar giler...yang tu la aku cari dulu..Hehehe..



Kalau dah buat ketupat mestilah ada cicahnya.. Mak aku selalu buat rendang daging.. Perghhh!!
Nyaman neeeeeeeehhh!!!
(Bahasa Melanau Sarawak yang bermaksud: Sedapnyeeewww!!)
Macam biasa, daging kian lama kian mahal. Nasib la kalau dapat murah. Mak aku memang guna daging fresh. Dia tak guna daging pack plastik.



Bila dah siap semua tu, malam raya mesti dapat merasa dulu ketupat dengan rendang. Esok pagi2 sebelum nak gi sembahyang raya pun mesti sempat nak makan ketupat. Balik dari sembahyang raya pun masih cari ketupat lagi. Sampai la ke malam...Hahahaha...Memang hantu ketupat aku nih...



Haiiii...tak sabar pulak aku nak balik ke kampung halaman. Rindu kat masakan mak (tu yang buat aku gemuk tu..heheheh), rindu kat famili semua. Harap2 raya tahun mak aku masih buat lagi ketupat.. :)
Setakat ni la dari aku.. Sebelum aku akhiri entry aku nih, aku nak ucapkan

Selamat Hari Raya
Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin




Kepada semua rakan-rakan aku tak kisah la dari mana sekalipun. Yang dari muda sampai la tua. Yang dari kampung, dari FB, rakan blogger/vlogger, geng2 Fotografer, rakan guru....semua sekali la yang dok baca entry aku nih... Harap raya tahun meriah lagi dari tahun2 yang lepas.... Duit raya? Hangpa tunggu la aku kawen dulu baru aku boleh kasi angpau..Agagagaaggaga (taktik melarikan diri dari di pau dengan menggunakan syarat orang cina bagi angpau).

Habis!! Peace out!

Aku nak tag :

SEMUA MEMBER BTO, MARKAS BLOGGER, BLOGGER POLITEKNIK MUKAH,
 DAN LAIN-LAIN YANG DIRINYA RASA BLOGGER..


hehehehe...