Peminat

Sunday, October 16, 2011

Serius Sibuk!!! - Blogger Politeknik Mukah 1st Gathering

Salam sejahtera buat semua yang sudi membaca blog aku nih...

Entry aku kali adalah sambungan daripada

Serius Sibuk!!! - Wedding Job

Kenapa ini adalah sambungan?
Meh aku nak cerita sikit..

Pada hari terakhir wedding aritu, adalah hari di mana geng-geng Blogger Politeknik Mukah nak buat gathering yang julung-julung kalinya.
Dan aku amat berbesar hati nak join.
So, aku skip sesi fotografi dengan pengantin semata-mata nak join adik-adik aku nih... ;)

(Lagipun aku ni videografer je)

Biasalaa.. 1st gathering. Perancangan hanya dibuat seperti pergi berkelah.
Ada BBQ, bihun goreng, hot dog, air sirap.....sirap ke? Macam raspberry...
Jadi berkumpul tu terus dengan menghidupkan bara api untuk memulakan BBQ. Yang bestnye, pompuan yang pasang, bukan lelaki...haiiihhh... malu aahh...



Nasib baik ada Lin, ahli pengakap yang berjaya yang SAYANGKAN MAK dia.. ;)


So, aku kena la tunjuk gentlemen, aku pun tolong-tolong apa yang patut untuk memarakkan api asmara cinta kami berdua...

Eeerrrr....bukan ek? Hehe....

Kasi api marak sebab nak bakar arang batu ni susah.....
Arang sini bukan macam kat semenanjung tau, yang guna arang kayu.
sini guna ARANG BATU
(sebab pengeluaran utama Mukah adalah arang batu)

Daaahh ujan plak...kena la beralih arah...eh..tempat...

Disebabkan persiapan yang gitu-gitu aja, tempat bakar ayam punya la seluas ayam  yang nak dibakar.
Ayam plak dipotong ala-ala drummets...jadi, acara jatuh ke bara dan merendam minyak sentiasa berlaku. Sama ada jadi kat aku ataupun kepada geng-geng yang nak cuba try test uji bakar.


Yang lain-lain? Makaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan jeeewwkk.. Haha!!



Boleh laa...hangit....asal ada...sedap pun sedap..
(dah kebulur, bedal je..semua benda jadi sedap..hikhik)
Haha..!! Serius, sedapppp..!!




Habis je melantak, kami pun memulakan aktiviti menerokai pantai Kaul yang luas,
(sebab air laut surut..)
Aku pun terus mengeluarkan 'senjata' aku...
Eheemm..

Layang-layang yang aku beli kat Bintulu aritu laa...


Sambil - sambil aku menerbangkan layang-layang aku tu, macam biasa la. Aktiviti bergambar sentiasa berjalan. Disebabkan aku tgh dok main layang-layang nih, aktiviti snap gambar agak slow sikit. Nasib baik la ada Lin sebab dia tak tahu malu nak pinjam DSLR aku. Aku dengan senang hati pun kasi la dia guna.
(Atleast ada la gambar aku nnt kan? Heheh...)

Nak highlight sket gambar ni sebab kami sama2 pakai baju kaler yang sama. Dia pakai pink, aku plak pkai magenta. Heheh
Terima kasih Lin sebab tak malu-malu nak pinjam DSLR walaupun baru kenal.


So jom layan gambar-gambar yang ada kat bawah ni...
Sila klik untuk membesarkan gambar ye?





















Aktiviti di pantai berakhir dengan group photo...
Ruginya tak bawa tripod..



Last sekali, kami berkumpul semula....
Dan baru nak kenal-kenal nama dan lain-lain yang sepatutnya dibuat terlebih dahulu dalam mana-mana gathering blogger.
Aku hanya mampu tersenyum. :)
Tak apa... 1st time.. Aku faham..
So aku hanya dapat memberi kata nasihat..

(Macam la aku hebat...hahah!! Nak buat camne...aku yang paling tua kat situ)

Papepun terima kasih kepada Saifuldin dan Solehah kerana dapat menjayakan 1st gathering ni.

Dan kepada rakan-rakan blogger aku yang baru dari Politeknik Mukah, adik-adik semua nih...
Terima kasih sebab memberi sokongan yang jitu.

Next year kita buat lagi dan pastikan perancangan kali itu akan lebih teratur.



Orait geng? Korang memang happening!!

PEACE!!


p/s: Hujung tahun bertunang, bulan 3 nikah, bulan 6 kenduri...Ish..tak sabar plak aku..hehe


5 comments:

dila bahar said...

wah!!!!... best ar ade adik baru... huhu..

Anonymous said...

rndu lar kat mukah!!huhu~

TIA OF REVENGE said...

best! :)

Ash said...

kamu student atau staf poli Mukah? sana ada 3G tak? :P

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

Wow.. Ramainyer blogger poli mukah?? Xsngka pulak.. Nk join bleh x??? Heheh