Peminat

Saturday, January 21, 2012

MC Bidan Terjun Kepada Saiful Apek & Yasin!!!

Assalammualaikum...
Salam sejahtera..
Salam Tahun Baru 2012..

Dah lama dah cik abang oi....

Xpe laa~~
Asalkan masih lagi berada di bulan Januari...

Dah lama sesangat aku tak update blog aku nih..
Dah naik sesawang dah...


Sekarang baru la nak ada bahan sikit nak kongsi dengan korang..
Kalau ikutkan, pic memang tak berapa nak best nak tunjuk kat korang...tapi apakan daya.
 Kisah aku ni kalau tak diceritakan, lama2 terkubur la jawabnye...
Jadi aku nak tunjuk korang pic ni dulu...


Karnival Nostalgia Mukah 2011
Anjuran bersama  Entertainment Empire dan lain-lain...

Kalau nak cerita ni memang panjang sesangat...
Takpe, aku cuba pendekkan..

Ada la member yang baru aku kenal nih, Ady, ajak aku... Dia nak buat satu event besar kat Bandar Mukah, Sarawak nih... Pi mai pi mai... aku di lantik jadi Stage Manager.. Pergh... Jaga stage?! Tak pernah2 aku buat kerja camtu.. Kalau setakat buat backdrop pentas kat tempat aku kerja tu kira ok la... Tapi Ady percayakan kebolehan aku... So, aku cuba buat yang terbaik...




Nak dijadikan cerita.. 2 hari sebelum malam kemuncak yakni 31 Disember 2011 yang lepas, aku terpaksa menjadi MC yang tidak bertauliah.. untuk sukaneka, pertandingan karaoke dan pertandingan Battle of The Band.. takpe la.. setakat nak sebut nama peserta je... jd pada malam persembahan Saiful Apek ngn Yasin, bro Awang, MC tetap untuk malam kemuncak tu mengajak aku naik ke pentas sekali dengan beliau.. HOH?!!

Lagi sekali?!! 

Ini dah lain...aku kena bersemuka dengan penduduk tempatan/penonton pada malam tu?
Hadehh...memang masak la aku...
Tapi nasib baik boleh cover jugak....Bro Awang ni nampak bakat aku kut sepanjang aku jadi MC tak bertauliah aku nih... Huhuhu..


Tak kisah laa....

Tapi tu laa..aku buat dua kerja dalam satu masa...
1. Memastikan kelancaran program yakni bergerak ke depan ke belakang pentas, jumpa artis, beri signal kat diorang atau bagi briefing kat diorang...
2. Jadi MC untuk persembahan artis2 tempatan dan seterusnya artis pelawak tanah air kita.



Dan semestinya dapat berjumpa dengan dua orang pelawak ni merupakan pengalaman yang cambest.
Diorang ni memang cool...
Sejibik macam dalam wayang..
Best kalau dapat join diorang...

Papepun...setakat ni jela yang dapat aku cerita...
Last sekali, aku nak ucapkan terima kasih pada Ady sebab beri kepercayaan pada aku walaupun aku datang sekali je mesyuarat untuk perlantikan.. :) Balik kampung beb.. Nak wat camne...


Dan juga pada adik2 manis yang menjadi Urusetia karnival..
Wani, Ieda, Amoi, dan Bibiey.


Tak lupa pada petugas2 yang setia dari awal hingga akhir...
Kepada Cikgu Christ dan G-Wa Band yang banyak menyumbangkan lagu.


Kepada artis2 tempatan yang terlibat, juga pada artis pelawak tanah air,
Saiful Apek & Yasin kerana sudi turun ke Bandar Mukah



And last but not least
Bro Kimie.. Co Founder Entertainment Empire yang sanggup turun padang bagi menyokong Ady untuk menjayakan Karnival Nostalgia Mukah 2011
Lu memang ROCK la bro!!



Sekian saja.. Peace Out!!





.
.
.
.
.
.

Oppss...aku juga jadi MC untuk kumpulan Kristal dan Ali XPDC pada malam last...

OK BAI