Peminat

Saturday, December 31, 2011

Saiful Apek dan Yasin Senario turun Mukah!!

Salam sejahtera kepada semua bloggers!!
Dah lama aku tinggalkan blog aku sebab takde line tenet kat kampung.
Kini aku sudah kembali ke Mukah, Sarawak.

Awal ni aku balik ke Sarawak.
Sebab aku dilantik menjadi Stage Manager untuk

KARNIVAL NOSTALGIA MUKAH
&
SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2012

bermula pada 27 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2012


Saiful Apek dan Yasin Senario akan membuat persembahan mereka pada malam tahun baru nanti.
Manakala Kumpulan Kristal pula akan akan membuat persembahan pada 1 Januari 2012.
Jadi bagi yang ada berdekatan Mukah, jangan lupa turun ke tapak karnival bagi menyaksikan persembahan mereka.

Karnival ini adalah anjuran bersama

Entertainment Empire Sdn. Bhd.
Pejabat Residen Mukah
Koperasi Usahahawan Bumiputera Sarawak Berhad

dan rakan karnival

Proton Edar Cawangan Sibu
Bank Rakyat
Butik Almas
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
G.Wa Band

serta sumbangan hamper daripada

Maybank
Agro Bank

Jadi pada rakan2 semua, malam ini aku mungkin tak dapat bersama di FB, blog dll yang sama waktu dengannya.
Aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua terutamanya famili aku yang berada di kampung.

Untuk yang lain, tanamkanlah azam baru macam aku.

Azam aku untuk tahun baru ini adalah nak kurus
dan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku nak kawen...
 hehhehehehehe....

Doakan lah untuk aku bertemu jodoh pada tahun ini ye?

Hehehehhe...

Thanks guys for reading my blog in this years...
This is my last entry for this year. 
HAPPY NEW YEAR!!!!

Monday, November 7, 2011

Malam ni masak Perut

Assalammualaikum..
Salam sejahtera..

Tadi aku baru je masak perut lembu...
Trimas kat Fahmi sebab rebuskan siang tadi...
Trimas pada dia juga dan Ustaz Radzi sebab cucikan perut lembu tu semalam (raya qurban)
Tak lupa pada Firdaus, kawan kepada Fahmi,
bukan housemate aku, bukan juga ustaz Firdaus
tapi Firdaus, kawan Fahmi yang pernah menuntut sama di UPSI

So, nak jadi cerita,
Aku mulanya nak makan cicah air asam je....
(cili+bawang+tomato+limau+garam)
tapi bahan tak cukup

Last2 aku kena masak la jugak..
Macam Ustaz Radzi kata:
"Goreng bodo je"

Aku pun goreng bodo je laaa..
Masuk bahan yang ada...

Tumis bawang merah dengan bawang putih sampai naik bau wangi
Masukkan kacang panjang dan cili merah
Goreng sekejap....
Lepas tu masukkan pula perut lembu..
Aku tuang sikit sos tiram
Letak garam secukup rasa.
Goreng sampai puas hati..
JADI!!!!!!



Nak makan camni saja pun tak sedap gak...
Mau tak mau aku buat sambal pencicah gak...
Bukan sambal belacan tau...
Hampir laaa...ubah sikit je..

Aku guna blender...
Aku masukkan sebiji...bukan seulas...sebiji bawang putih (semua sekali)
2 ulas bawang merah
Cili power Sarawak 10 biji
Cili merah 5 biji
Gula 2 camca besar
Garam satu camca kecil
Limau kasturi 4 biji
Air + kicap secukup hitam
BLEND SAMPAI HANCURRR!!!
SIAP!!!



So, siap la makanan bujang aku untuk malam ni...



Apa lagi?!! Melantak aaa...
Sekian saja



Trimas pada Firdaus, housemate aku sebab amik gambar. D90 aku bateri kong...


p/s: Aku tau hang dapat baca p/s aku ni Yonz...lantak aaa..janji orang lain tak dapat baca...
Mas kawen aku 1 dinar emas..yakni RM770.. :)



Sunday, October 30, 2011

Header Baru, Page Baru

Assalammualaikum
Salam sejahtera buat semua...

Dah lama tak update blog...
Kesibukan, kekangan masa, ketandusan idea,
Semua ada...
Memang dah bersawang dah aku tengok...

Jadi aku update ni sekali ngan

HEADER BARU!!!

dan juga 

PAGE BARU!!!!

Korang tengok balik header aku kat atas
 ^
 I
 I
 I

Saja nak tukar baru
Sementara ada pic cantik ngan idea

dan kat bawah ni
I
I
I
I
\/


adalah page baru yang aku baru buat kat FB

Su.Na.T aBANgZAI

Bukanlah aku baru nak bersunat atau nak bersunat kali kedua
Su.Na.T adalah singkatan bagi SUkahati NAk Tanya
Tujuan aku buat page ni adalah untuk korang bertanyakan
sebarang persoalan sama ada yang lazim atau pun tidak logik.
Ikut suka hati korang la nak tanya apa pun.
Tapi tanya di page berkenaan.
Klik kat pic di atas untuk ke page Su.Na.T aBANgZAI

Soalan terpilih akan dijawab bukan di page tersebut
tapi di dalam youtube. 
Maknanya aku akan buat vlog. 
(Saja nak berinteraksi dengan follower2 )
Artis la konon...buweekk...

LOL

So setakat ni je...
Jangan lupa like page. Kalau nak tanya soalan tanpa like page pun takpe.
Trimas sebab membaca..

PEACE!!!

p/s: rasa tak sabar plak nak bergelar tunangan orang :)



Monday, October 17, 2011

Follower Bertuah!!! 111

Assalammualaikum kepada semua

Ya!! Kali ini, follower aku makin meningkat!

Terima kasih aku ucapkan..

Jadi, follower bertuah aku kali ini adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
\/



DYNAZ-ZA83

Terima kasih aku ucapkan...
Anda adalah orang yang ke 111

Nombor yang unik..

Dia ni xde blog rasanya. Takde link pun.. Maybe dia ni suka baca blog orang...

Hehe..terima kasih la sebab sudi baca blog2 orang...

Dynaz_za83 nak hadiah? Sila respon entry saya nih...


Ok geng!! Kita tunggu follower bertuah berikutnya!!



Sunday, October 16, 2011

Serius Sibuk!!! - Blogger Politeknik Mukah 1st Gathering

Salam sejahtera buat semua yang sudi membaca blog aku nih...

Entry aku kali adalah sambungan daripada

Serius Sibuk!!! - Wedding Job

Kenapa ini adalah sambungan?
Meh aku nak cerita sikit..

Pada hari terakhir wedding aritu, adalah hari di mana geng-geng Blogger Politeknik Mukah nak buat gathering yang julung-julung kalinya.
Dan aku amat berbesar hati nak join.
So, aku skip sesi fotografi dengan pengantin semata-mata nak join adik-adik aku nih... ;)

(Lagipun aku ni videografer je)

Biasalaa.. 1st gathering. Perancangan hanya dibuat seperti pergi berkelah.
Ada BBQ, bihun goreng, hot dog, air sirap.....sirap ke? Macam raspberry...
Jadi berkumpul tu terus dengan menghidupkan bara api untuk memulakan BBQ. Yang bestnye, pompuan yang pasang, bukan lelaki...haiiihhh... malu aahh...



Nasib baik ada Lin, ahli pengakap yang berjaya yang SAYANGKAN MAK dia.. ;)


So, aku kena la tunjuk gentlemen, aku pun tolong-tolong apa yang patut untuk memarakkan api asmara cinta kami berdua...

Eeerrrr....bukan ek? Hehe....

Kasi api marak sebab nak bakar arang batu ni susah.....
Arang sini bukan macam kat semenanjung tau, yang guna arang kayu.
sini guna ARANG BATU
(sebab pengeluaran utama Mukah adalah arang batu)

Daaahh ujan plak...kena la beralih arah...eh..tempat...

Disebabkan persiapan yang gitu-gitu aja, tempat bakar ayam punya la seluas ayam  yang nak dibakar.
Ayam plak dipotong ala-ala drummets...jadi, acara jatuh ke bara dan merendam minyak sentiasa berlaku. Sama ada jadi kat aku ataupun kepada geng-geng yang nak cuba try test uji bakar.


Yang lain-lain? Makaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan jeeewwkk.. Haha!!



Boleh laa...hangit....asal ada...sedap pun sedap..
(dah kebulur, bedal je..semua benda jadi sedap..hikhik)
Haha..!! Serius, sedapppp..!!




Habis je melantak, kami pun memulakan aktiviti menerokai pantai Kaul yang luas,
(sebab air laut surut..)
Aku pun terus mengeluarkan 'senjata' aku...
Eheemm..

Layang-layang yang aku beli kat Bintulu aritu laa...


Sambil - sambil aku menerbangkan layang-layang aku tu, macam biasa la. Aktiviti bergambar sentiasa berjalan. Disebabkan aku tgh dok main layang-layang nih, aktiviti snap gambar agak slow sikit. Nasib baik la ada Lin sebab dia tak tahu malu nak pinjam DSLR aku. Aku dengan senang hati pun kasi la dia guna.
(Atleast ada la gambar aku nnt kan? Heheh...)

Nak highlight sket gambar ni sebab kami sama2 pakai baju kaler yang sama. Dia pakai pink, aku plak pkai magenta. Heheh
Terima kasih Lin sebab tak malu-malu nak pinjam DSLR walaupun baru kenal.


So jom layan gambar-gambar yang ada kat bawah ni...
Sila klik untuk membesarkan gambar ye?





















Aktiviti di pantai berakhir dengan group photo...
Ruginya tak bawa tripod..



Last sekali, kami berkumpul semula....
Dan baru nak kenal-kenal nama dan lain-lain yang sepatutnya dibuat terlebih dahulu dalam mana-mana gathering blogger.
Aku hanya mampu tersenyum. :)
Tak apa... 1st time.. Aku faham..
So aku hanya dapat memberi kata nasihat..

(Macam la aku hebat...hahah!! Nak buat camne...aku yang paling tua kat situ)

Papepun terima kasih kepada Saifuldin dan Solehah kerana dapat menjayakan 1st gathering ni.

Dan kepada rakan-rakan blogger aku yang baru dari Politeknik Mukah, adik-adik semua nih...
Terima kasih sebab memberi sokongan yang jitu.

Next year kita buat lagi dan pastikan perancangan kali itu akan lebih teratur.



Orait geng? Korang memang happening!!

PEACE!!


p/s: Hujung tahun bertunang, bulan 3 nikah, bulan 6 kenduri...Ish..tak sabar plak aku..hehe


Saturday, October 15, 2011

Jom layan video aku!!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Salam sejahtera kepada semua followers dan pembaca setia blog aku.

Seperti yang dijanjikan, aku menguploadkan video wedding yang telah aku siapkan.

Jom layan~~



Video di bawah adalah vlog yeeee....





Video di bawah adalah slideshow gambar-gambar sebelum akad nikah





Video dibawah adalah official video untuk majlis si pengantin lelaki





OK? Dah layan? Alhamdulillah...

Setakat ni je.. Peace out!!



p/s: Masih mencari-cari hari yang sesuai untuk announce yang aku nak kahwin.

Thursday, October 13, 2011

Serius Sibuk!!! - Wedding Job

Assalammualaikum...

Aku memang sibuk gila..
Memang tak dan nak update..kalau hangpa tgk post aku yang lepas2, WW #7 kemudian WW #8.
Peeerghh..seminggu x update?! Baru aku prasan tadi... Mau tak mau, aku kena update jugak yang ini...

Seperti mana yang hangpa tau, BTO telah mengadakan tournament bowling di Ampang Bowl pada 8 Oktober yang lalu,



So aku nak ucapkan tahniah kepada Admin2 yang menjayakan event dan juga jutaan terima kasih kepada sesapa yang join event tu.. Tahniah kepada pemenang, sememangnya anda layar bergelar juara...
Haha!! Tak lupa juga pada ahli2 yang turut sama membantu menjayakan event tu...

Ok, time depa dok lawan bowling nih, aku plak sibuk ngan aktiviti aku pada hujung minggu.
Aku di upah menjadi videografer utk majlis kawen sorang member nih..
Bukan fotografer, tetapi VIDEOGRAFER
Fotografer tu member aku, dia yang ajak.


ABDUL HAMEED & NOORFIDA
So, aku mula sunting, Eyh? Shooting video bermula hari Jumaat petang, 7 Oktober yakni akad nikah mempelai. Pastu keesokkan harinya bermula dari butik Latip's Collections sampai la time kenduri atau atas pelamin. Atas katil pun ada...ahaks..(jgn pikiaq bukan2)



Dengan beberapa video yang ada, aku diminta membuat slideshow gambar2 lama dan video akad nikah untuk ditayangkan pada 9 Oktober yang lalu yakni time kenduri pengantin lelaki. 
Malam tu memang aku x tido buat keje tu. Mata aku memang merah macam biji saga time siapkan video tu.
Esok pagi dengan letihnya, mata merah, lebam tu la kut...pagi2 tu aku dah minum Redbull dalam tin panjang tu
(yang warna biru ngn silver, yg tu je aku jumpa kat kedai pagi tu)
Terus mata aku segar, badan aku x lagi letih. Nasib baik aku dah isi perut ngn nasi lemak. Bahaya oo kalau minum Redbull ngn perut kosong..

So slideshow tu adik pengantin yang handle sebab aku lagi sibuk nak shoot video acara majlis.
Video tu nanti aku upload di Youtube dan insyaallah aku akan update dalam blog ini juga.

Sila la tengok pic2 aku bersama pengantin.
(Nak amik berkat la katakan...hehehe)










Setakat ini dulu dari aku, ada sambungan nih..! Petang wedding lelaki tu aku ada event lain plak! Aku tak ikut member pi photoshoot.

Orait geng! Peace out!!


p/s: Sememangnya tak lama lagi aku akan bergelar suami, ramai lagi yang tak tahu... Hehehe..