Peminat

Wednesday, July 11, 2012

Aku Dah Kawen!!! Part 4 Finale


Bersambung...

Dalam tempoh kami bertunang... toksah dok kata laa.. Banyak sungguh dugaan mendatang...
Kat aku ni macam-macam la dok jadi... Contohnya, dengan tiba-tibanya.. Ramai plak yang nak kenal ngan aku.... Kawan aku, Ustaz Afizan nak kenalkan aku ngan kawan-kawannya yang sememangnya mencari calon suami.. Ustazah-ustazah plak tu.. Adehhh.. Kena plak aku berkenalan dengan blogger-blogger perempuan yang cun melecun... Yang dalam FB lagi...

Kawan-kawan aku yang lain pun nak kenalkan aku ngan kawan-kawan perempuan yang lain..

 Huuuuuu.....

Memang rasa tergugat la jap.. Tapi Alhamdulillah... Terkenangkan tunang aku ni, semua tu hilang...

Masa nak tentukan tarikh perkahwinan kami pun, macam ragam gak... Pihak perempuan mulanya nak buat bulan Mac 2012, pastu tukar Jun 2012.. Mak aku memang dah tetap 31 Mei 2012 kenduri sebelah aku...



Last2 pihak perempuan tetapkan tarikh akad nikah ngan kenduri 27 Mei 2012.... Akad selepas solat Asar, kemudian terus kenduri sampai malam... Memang berlainan laa..

Alhamdulillah... Sekali lafaz dengan lajunya... Ayah mertua aku sendiri yang akadkan..  Hadirin memang ramai malam tu... Kenduri sebelah aku plak.. Alhamdulillah.. Walaupun hujan, tetapi tetap meriah.. Kepada kawan-kawan yang tak dapat datang tu... Takpe... Saya faham.... (Tarikh jatuh Hari Khamis)


Last sekali aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang memberi kerjasama dari pada awal hinggalah akhir majlis aku ni... Kepada Pak Anjang sekeluarga yang terlibat dalam urusan peminangan, Pak Teh sekeluarga yang banyak membantu, Mak Long sekeluarga yang banyak berusaha, Pak Lang sekeluarga yang datang jauh dari Melaka.. Tok Long sekeluarga yang bersusah payah.. Arwah Pak Andak yang sempat hantar Mak Andak sekeluarga datang menolong serba serbi.. 

Saudara sepupu sepapat sebelah ayah aku yang sama-sama datang memeriahkan kenduri aku nih.. Sepupu2 sebelah mak aku yang cambest.. Adik2 aku yang banyak menyumbangkan tenaga sampai demam lepas kenduri aku tu... 

Terima kasih juga kepada keluarga sebelah isteri aku...
terutamanya Kak Wani kerana pertemukan kami...

Terima kasih kepada kawan-kawan semua yang mengucapkan tahniah..yang datang..yang bagi hadiah.. 

Dan paling aku takkan lupa.. mak dan ayah aku yang paling aku sayangi ( selain isteri aku.. ^__^ ) yang banyak memberi sokongan... nasihat... dan sebagainya...







Aku dengan Ewi, isteriku yang tersayang.. Ingin mengucapkan sekali lagi..
Terima kasih bebanyak!!!

Monday, July 2, 2012

Aku Dah Kawen!!! Part 3



Sambungan...

Pi mai pi mai... Ayah aku pi la merisik kat Jitra nuu..... Seingat aku, yang pi tu ayah aku, mak aku, maklong, sepupu aku ngan isteri dia... 2 buah kereta laa...

Sembang-sembang semua... kira jadi laa...

Majlis pertunangan aku dibuat pada bulan Disember 2011 di rumah Kak Wani ... Dan aku takdak kat majlis tu sebab aku pi kursus perkahwinan... Tapi aku singgah gak petang tu.... Jumpa Kak Wani dan famili semua yang masih tinggal.... Dah lewat petang sangat dah time tu.. Pakat-pakat dah balik abih...

Alhamdulillah... Majlis selesai dengan baik...

Hantaran yang ditetapkan adalah RM7000 semuanya... Yakni duit hantaran sebanyak RM6339 dan mas kahwin sebanyak 1 keping dinar emas...

Dan sesungguhnya, aku merahsiakan hal pertunangan aku daripada kawan-kawan di Sarawak..  Hanya beberapa orang sahaja yang tau...Kawan-kawan kat kampung semua tau la... Adik beradik semua... Di FB pun tak ramai yang tau kecuali Alang Dayana Ramli... Dia la orang first sekali dalam FB yang tau... Macam mana dia tau? Sebab aku yang bagitau... Pastu merebak... Adeehhh.. Takpe-takpe... Diam-diam aja....

2012| Menjelang tahun baru, aku menjadi tunangan orang.. Disebabkan aku merahsiakan hal ini, aku tak rasa macam bertunang... Akan tetapi, aku tetap dapat berasa menjadi tunangan orang dengan adanya Ewi.. Kami saling berhubung melalui sms.. Kadang-kadang bercakap melalui telefon kalau ada hal-hal serius nak dibincangkan... ;)

Aku ngan Kak Wani dah sepakat nak buat kejutan.. Nanti-nanti dah dekat nak cuti sekolah, kami akan edarkan kad jemputan perkahwinan aku.. Rancangannya camni, Kak Wani akan edarkan kad kawen tu dan mengatakan yang adiknya yang akan berkahwin... Aku cuma duduk diam je.. Nanti bila diorang buka kad, pastu baca, baru diorang tau, sapa bakal suami adik Kak Wani... :)

OK tak idea ni? Hehehe..

Memang diorang pun tak sangka...

Pakat-pakat terkejut... Kad diedarkan time meeting ngan semua staf.. Jadi semua pun dah tau... Pastu baru la aku sebarkan dalam FB... :)

(bersambung)

Sunday, July 1, 2012

Aku Dah Kawen!!! Part 2



sambungan.....

Kak Wani mengaturkan satu pertemuan.... Dia suruh tengok dulu... Kalau tak jadi pun takpa...

Jadi aku pun menjalani kehidupan aku seperti biasa... Bekerja... Outing dengan kawan-kawan...
Sehinggalah bulan Ramadhan menjelma... Kak Wani suruh aku membuat solat istikarah... Kut-kut dapat petanda... Aku ada terbaca dalam blog/majalah/buku tentang doa dalam solat sunat tarawih... Jadi aku pun amalkan doa dalam solat... Berdoa setiap kali sujud... Tengah malam pulak aku solat istikarah dan doa minta petunjuk.... Ye la.. Sama ada si Ewi ni sesuai atau tidak... Aku minta dibukakan pintu hati.. Minta pada Allah S.W.T, kalau betullah dia untuk aku, berikan petunjuk...

Hal pertemuan aku ni pun, dirahsiakan dari semua orang...


Selepas sebulan berpuasa, Syawal pun tiba....
Semua orang menyambut dengan gembira...
Tidak kira tua dan muda...
Tidak kira miskin mahupun kaya... apatah lagi raya...

Bersenandung la pulak.. ;)

Lepas sambut raya ni, biasa la keluar ngan adik-adik aku, kawan-kawan aku... Sementara aku belum balik ke Sarawak la kan.... Dok menunggu gak call dari Kak Wani, tak dapat-dapat...
Aish... Tak jadi ke...? Takpela kalau takde rezeki... So aku pun keluar la ngan kawan aku yang satu ni ngan adik-adik aku gi tengok wayang, jalan-jalan pe semua satu petang tu...

On the way nak balik, Kak Wani call masa aku berhenti kat lampu isyarat... Bila aku jawab (salah oo jawab telefon kat simpang traffic light), Kak Wani cakap jumpa kat Radix Fried Chicken (RFC), Laguna Merbok..


Malam tu jugak jumpa...

Nasib baik!! Aku baru je lepas lintas Laguna Merbok.. Buat U-turn la kat simpang traffic light ni... Kena pulak kami berempat naik motosikal... Sebab kalau naik kereta memang jem time-time raya nih... Aku pesan kat adik-adik ngn kawan aku ni, balik dulu... Aku cakap ada hal sikit... Nak jumpa kawan.... :)

Kat sini pun ada satu cerita menarik..

Sampai je RFC, aku parking motosikal, lepak kat meja luar.. Ramai pulak yang datang malam ni kat RFC. Kebanyakkannya berjubah, berkopiah... RFC ni memang jadi tumpuan kaum muslimin muslimat.. Di jamin halal dan organik.... Aku je nampak lain... Pakaian biasa je...

Sedang dok menunggu Kak Wani datang bersama famili ngan Ewi sekali... Tiba-tiba aku terdengar satu dentuman... Eksiden nih... Aku pun gi tengok laa.. Bangla bawak motosikal langgar belakang kereta kancil rupanya... Bukan aku sorang la yang gi nak tunjuk hero.. Ada la beberapa orang... Yang hairannya, lepas aku datang sembang-sembang jap ngan mangsa.. Camne diorang nak setel pe semua... Yang beberapa orang ni pun blah... Tinggal aku sorang terkial-kial kat situ... Waiseh... Takde pe la sangat... Mangsa tu pun pandai je minta duit kerugian kat bangla tu... Nak tunggu pe lagi... Aku blah je le...

Aku pun balik ke meja aku lepak jap tadi, ada sorang pakcik tanya aku hal tadi.. Dia pun ada kat sana... Rupanya dia ingat aku mata-mata gelap.... ???? Mungkin cara dressing aku kut.. Ngan badan tough lagi... (tangan ke bahu, mata tengok ke atas)... Pakcik ni pun datang ngan famili nak makan-makan ayam organik.. Biasa je macam pelanggan yang lain..

Kak Wani dengan anak bongsunya, Muhammad


Last-last Kak Wani pun sampai ngan ana punya beras... Eh, biras.... :) Si suami Kak Wani laa...
Dah sampai, memang nampak dari jauh laa... Kut dah berjalan ngan famili, dah nampak aku. Ingat nak singgah ke meja aku, rupanya singgah ke meja pakcik tadi.. Eh? Kenal ke? Apa kaitan pakcik and the geng dengan famili Kak Wani?

Paduhal.... (rupanya dlm bahasa melanau) Pakcik tu sebenarnya ayah kandung Kak Wani... sekarang dah jadi ayah mertua aku laa... Aduyai... nasib baik la aku dah tunjuk macho masa kejadian eksiden tadi.. Huhu..
Markah bonus tu... (aku tolong ikhlas tau, takde niat lain pun, aku bukan tau pun pakcik tu ayah kak Wani)..

Dari kiri: Abang Ngah, aku, Ustaz Firdaus


Jadi kami pun masuk ke dalam dan order apa yang patut.. aku duduk semeja ngan ayah Kak Wani (yang kini aku dah panggil Abah) dan suami Kak Wani, Abang Ibrahim (kini biras aku a.k.a Abang Ngah). Kami pun sembang la apa yang patut.. Kak Wani ngan anak-anak serta adik-adiknya duduk kat meja lain.. Dalam hati aku toksah dok kata laa... Dup dap dup dap je... Mana satu si Ewi nih....?

Last-last skali Kak Wani tunjuk la mana satu Ewi.. Aku tengok la time Ewi lintas meja aku selepas order di kaunter.. Dengan izin Allah, Dia makbulkan doa aku.... Sekali aku pandang, terus... Hati aku macam ditusuk sesuatu... Kalau orang kata, acam terkena panahan cinta? Camtu la kut... Yang aku tau.. Aku pasti... Gadis inilah yang akan menjadi permaisuri hati aku.. Melahirkan zuriat aku dan seterusnya menjadi pendorong dalam memperbaiki kekurangan diri dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T...

Ya Allah.. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana mempertemukan aku dengan Helwiyaton....

Sebelum balik tu, Kak Wani tanya aku.. "Jadi ke? Kalau tak pasti, boleh balik fikir dulu..."
Aku pun balas.... "Jadi!!"

Balik je ke rumah, aku terus cerita semuanya kat ayah aku.. Jadi, macam-macam la soalan yang keluar... Dari nama sampailah ke hal keluarga... Macam-macam la.. Ye laa.. Nak merisik pe semua.... Ayah aku pun pandai kira-kira (bukan hal matematik tau).. Dia kata ok... Dia nampak hal ni boleh jadi mudah...

Alhamdulillah laa..

(bersambung)

Thursday, June 28, 2012

Aku Dah Kawen!!! Part 1


Bismillahhirrahmannirrahim....

Assalammualaikum....

Macam biasa, ayat klise bila nak update blog..

"Dah lama tak update..."

:P


Kepada kawan-kawan semua... sori..
Sebab lama tak update, baru sekarang nak masuk pic kawen nih..
Sori la kan.. Aku dah upah fotografer, biar la dia buat keje..
Atleast pic nampak lagi cantik..

Tapi apakan daya..
Ramai kengkawan di sana nak sangat-sangat tengok pic kawen.
Well...
Terpaksa la aku guna skill aku yang terpendam untuk edit pic sendiri dan upload ke blog dan FB..
Tak banyak la ye.... Sikit2 je..


Jadi, sambil2 tu, aku nak cite sikit la pasal perjalanan aku mencari tulang rusuk yang kiri aku nih..
Yakni isteri aku,

Helwiyaton Binti Arshad



Macam mana nak mula ye? Hmmmm....


OK... macam ni..

Isteri aku ni, aku kenal pun melalui kakak ipar aku.. :)
Kakak ipar aku ni la yang beria-ia sangat.. Kak Wani namanya..
Tak tau la apa yang dia nampak kat aku...
Nak kata baik sangat, biasa-biasa je.. ;P
Nak kata warak, tak jugak...
(Kak ipar aku ni ustazah.....sama mengajar satu sekolah... meja bersebelahan je dalam bilik guru...)

Semua tu sebenarnya dah start lama dah, masa mula-mula aku posting kat Mukah, negeri Sarawak nih... Tahun 2010..

Betul tak Kak Wani? :)

Ada sesuatu yang dia nampak....fizikal aku? Jangan harap laa.. Aku gemok... Hmm....

2010| Jadi cam biasa, aku menjalani kehidupan baru sebagai seorang guru dan single masa tu... Memang tak menaruh harapan sangat la time tu... Nak cari gelfren... Sebab aku tau siapa aku..... Tapi sempat jugak la hati berbunga sekejap tapi tak kesampaian...

Aku ni bukan tak pernah bercinta... Cinta monyet... Memang ada laa... Cinta di universiti.. Masa diploma, tak berbalas... Masa degree... Dah last-last semester baru nak berputik... Bila dah grad, masing-masing duduk jauh... Abis camtu je... Bila start keje, orang dah bagi harapan, siap jumpa famili semua... Sudah, masih dok teringat kat jantan ganas tu pulak... Abis camtu je lagi... Sambung balik kejap dengan 'sejarah' degree... Pun cam hayam.... Masa ni dah 2011 dah kut..

2011| Time aku nak sambung kapel ngan 'sejarah' degree ni, Kak Wani pun dah jolok aku... "Ni la adik Kak Wani, Ewi namanya..." sambil tunjuk gambar... Bila aku tengok, aku tak tau mana satu, sebab ada ramai orang dalam gambar tu... Lagipun aku tak beri perhatian sangat... :P

Ye la.. Nak sambung balik kapel la katakan.. Aku rahsiakan hal ni dari semua orang... Jadi camne aku nak elak? Aku bagitau Kak Wani, suruh dia cari golongan ustaz.. Bukan cikgu seni macam aku ni... Lebih afdal lagi sebab Ewi ni pun seorang ustazah jugak...

Dengar cerita pun, Kak Wani pernah tunjukkan gambar aku kat Ewi... Ewi pun cakap, "Ok je.. cam abang long...(abang ipar aku)". Ye la kut dia cakap camtu.. Hehe.... Tapi masa tu pun dia tak tunjuk minat sangat...

Jadi.... Aku tak jadi sambung kapel balik, memang aku rasa dipermain-mainkan... Sedih gila... Aku tau... Semua ni ketentuan Ilahi.... Ada sebab semua ni nak jadi..... 

Dan sekali lagi lepas tu.... Kak Wani offer.... Betul-betul dia nak aku jadi adik ipar dia jugak.... So aku pun luah la apa yang terpendam.... Cerita semua hal, sebab apa aku tolak nak kenal ngan Ewi.... Semua tu la... Kira macam semua kesangsian aku... Macam-macam.... Kak Wani pun seorang pendengar yang baik...

Jadi last skali, aku buat perjanjian dengan Kak Wani. Atur satu pertemuan.....





(bersambung)



Thursday, May 10, 2012

Surprise!! Ada jemputan ni!!

Salam sejahtera aku ucapkan pada semua...
Dah lama sangat tak update blog
(ayat klise)

Sori guys..
Kesibukan yang teramat dan kekangan idea.. tapi aku tetap blog walking..

Jadi kali ini aku nak update dengan surprisenya pada hangpa semua..

Sila klik gambar di bawah untuk besarkan lagi saiz kalau mata hangpa rabun2 belaka

I

I

I

I

I

\/


Dah baca?

Jadi untuk itu, aku nak jemput semua datang ke majlis perkahwinan aku tak lama lagi..
Pada 31 Mei 2012, Khamis


Maaf la kalau selama ni aku berahsia dengan hangpa semua :)
Ada sebab tau..
Jadi bagi yang terasa, aku nak mohon ampun dan maaf..
Sori sesangat kalau aku ada buat salah ke, tersilap kata ke...
We're still friends...OK?

Tunggu lagi lain kali aku update pasal tunang aku, perjalanan aku ke gerbang perkahwinan dan lain2 yang sama waktu dengannya..

Peace out!!

Sunday, April 8, 2012

Malam Ni Masak Ayam Kukus

Assalammualaikum...
Salam sejahtera semua..

Malam ni aku nak masak ayam kukus....
(Dah masak, dah makan dah pun)

Semuanya terjadi disebabkan member aku Pak Alie yang telah berjaya meracun aku untuk memasak

AYAM KUKUS

Saja dia mai rumah aku, jalan2 dari nuu jauh... Daro mari...
Bukak la ceghita pasal masak-masak nih...
Masakan terbaru, senang dan sihat..
Kukus...

Bukan setakat ayam, ikan pun dah selalu dikukusnya
Letak rempah = halia + bawang putih + serai + garam + sos tiram

Perghh... terliur beb...

So aku pun beli la periuk kukus pagi tadi sebab kat rumah aku takdak menda alah ni...
Periuk biasa pun takdak...kuali ada la..
Nak beli ikan dah lewat sesangat, banyak dah abih..
So nak taknak, beli la ayam...

Aku beli ayam di Andalas sebab was-was kat tempat lain takut x halal..
Kalau halal pun, mungkin storage dengan daging khinzir..
Eeewwwwww....

Balik umah, defrost ayam kasi lembut dulu... malam baru dapat projek..
Sambil-sambil tu aku wat la video skali, tapi lom lagi edit..
Aku blend semua bahan kecuali serai...
Lumur atas ayam yang sedia dalam pinggan,
Letak dalam bekas periuk yang berlubang tu,
Terus letak atas periuk yang tengah didih airnya..

Tunggu dalam 30 minit kasi lembut/masak sampai lerai dari tulang...
Dan inilah hasilnya!!


Sluuurrppp...
Rasa memang sedap untuk first try... huhu..
Makan plak ngan nasi perencah ayam..
Huh...sedap weh..

Ok la...setakat ni ja...
Peace out...

Resepi? Cari sendiri dalam Google...
Lebih kurang sama je...
:)



Sunday, March 25, 2012

Selebriti kata Aku Ohsemmm!! kerana satu Komen

Assalammualaikum.....
Lama dah tak update...setakat jalan2 je memanjang..

So lagu mana leh ada sorang selebriti ni kata aku Ohsemm... atau perkataan yang betulnya AWESOME..
Hanya kerana satu komen yang aku buat... bukan lah komen di FB tapi di blog la kan...

Maknanya dia ni boleh dikatakan selebriti blog la kan.. bagi aku laa.. bukan artis2 wayang atau nyanyi tu... Dia ni tak dedah aurat.. heheh
Macam mana-mana blogger, termasuk la aku..
Sesapa yang komen blog aku ataupun follow blog aku, konfem la aku tengok profile si pengomen (betul ke perkataan nih) kan? Tengok ada blog ke tak? Ok ke?
Klau Ok kita follow.......camtu la kan?

So dia ni sama la dengan kita sebagai manusia biasa di muka bumi yang sifat2 ingin tahu kan?
Agak-agak hangpa la kan...
Sapa la selebriti tu ye.....
Jeng Jeng Jeng
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Siap lagi kalau bukan gadis ayu kita saudari Maya Lisa!!!!

pinjam gambar jap ye...hehehhe
Sapa tak kenal Maya Lisa meh habaq kat aku....
Boh penampaq sedaih, baru termimpi2 dalam tidoq...

Kiranya lepaih ja aku komen dalam blog dia nih, terus dia stalk blog aku kan..wahahahaha
Takkan nak stalk kalau dah bagi komen kan?
Dak aihh, dia terjah blog aku dan komen balik blog aku...
Hehehhehe...
Seronok betul aku time tu..siap print screen lagi nih....


Kalau korang dapat baca komen dia....sememangnya dia kata aku ohsemm... :)
Sebab aku pkai DSLR...Hehehe..
Kalau hangpa nak dia kata hangpa ohsemm gak, pkai la DSLR macam aku..
Hehehehhehhe...

Biasa la kalau dah selebriti macam Maya Lisa komen blog aku, terus la aku update status kat FB kan..



Tengok ayat pertama dari Maya Lisa dulu.... 
Dia aku kata aku comel beb!!!!
Wuhuuuu....
Terima kasih pada mak aku sebab lahirkan aku comel...hehhehe

Kira Ok la kan?

Nak lagi best?

Maya Lisa update blog dia...
BLOG MENARIK MINGGU INI


Blog aku disenaraikan sebagai blog menarik pada minggu tersebut!!
Yeaaayy!!
Kena promote beb...



Lepas je promote, pageview mendadak naik daripada kebiasaan...
Aku tak kejar traffic.. ;)
Dan ada yang follow aku..terima kasih sebab follow.. :)

Papepun terima kasih la kepada selebriti blog kita, Cik Maya Lisa...
Atas kesudian singgah ke blog aku yang tak seberapa ni...

Dah lama sangat tak update blog atas kekangan masa dan kesibukan bekerja...
 Klau hangpa nak tengok blog dia yang Ohsemm jugak laa...
Hangpa boleh klik link kat bawah ni....


Setakat ni saja dari aku...
Banyak lagi bahan sebenarnya cuma takdak masa...
Sabar la dulu noooo....

Peace Out

.
.
.
.
.
.

Opppss

Pageview counts yang sangat menarik sempat aku print screen sebelun naik mendadak lagi...


Cantikkan nombor tu..?
Hehehehe

p/s: untuk makluman, aku akad nikah 27 Mei, malam terus kenduri sebelah pompuan, kenduri sebelah aku 31 Mei.... dan semalam adalah besday tunang aku, 24 Mac. Masa cuti aritu pun bg hadiah keychain je.. Alhamdulillah.. dia terima baik... semalam aku hanya wish dan nyanyikan lagu besday dalam tepon.. sweet kan aku? Heheheh

Sunday, February 19, 2012

Santai Ke Daro


Assalammualaikum...

Salam sejahtera....

Perjalanan aku ke Daro, Sarawak ni bukan la seperti yang dirancangkan....
Ada member aku ni, aku tanya la dia...

 "Ada plan pape ke petang ni..."

"Aku nak ke Daro, hal keje....nak ikut?"

"Eh? Takpe ke?"

"Takpe...kejap je..."

"Elok la tu...lama dah aku nak ke sana.."

So dalam jam 2.30 petang, kami (aku, Hell69, Ramli-rakan sekerja Hell69) pun mula bergerak....
Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih dan kena naik 1 feri untuk melintas sungai Igan....
(bukan feri Penang atau Langkawi ye....well lebih kecil dari feri Penang yang memuatkan 15-20 kenderaan sahaja...bergantung pada saiz kenderaan dengan harga tiket RM 1 sekali naik)

Sori takde pic dan aku sudah rasa menyesal sebab tak ambil gambar masa dok atas feri..huhu.... :'(

Dalam perjalanan ke Daro, member aku drive ikut jalan lain yakni ke Matu...1st time aku lalu situ... lain rasanya...tak sempat nak singgah ke pekan Matu...kata member aku, pekan koboi....huuuu..best tu... lain kali kena singgah...


So, sebelum sampai Daro, member aku nak singgah ke Kampung Tebaang, well, tak sampai pun... Kampung tu, nuuuuu... masuk jauh ke dalam... Jadi aku ambil peluang ajak member aku masuk ke dalam. Nak cari sekolah tempat kawan aku bekerja. Tapi dia dah pindah. Takpe laa... Saja nak try tengok...


Seriously, jauh...dan apa yang menjadikannya worst, jalannya yang berbukit2... Bukan bukit-bukau tau... tapi jalan yang bergelombang teruk.... Habis la klau kereta modified masuk...


Siap ada amaran tengkorak lagi... :P


Selepas mengharungi jalan yang berliku2, mencabar diri di lambung2 di back seat kereta kerana laju melanggar bukit2 kecil...Haduiii...pening kepala den....baru jumpa perkampungan kecil yang ada sekolah di dalamnya... Sempit gak jalan masuknya...

Masuk-masuk je terserempak dengan budak2 kampung yang bergelumang dengan lumpur.


Bukan senang nak jumpa nih.. trus aku capai kamera aku dan SNAP!!

Teringat aku masa aku kecik2 kat kampung halaman...


Tambahan pula bertembung dengan budak yang memanjat pokok nih...hhehehehe...




Akhirnya, sampai juga ke sekolah rakan aku... Walaupun dia dah pindah semula ke KL, tapi aku memang teringin nak tengok sekolah dia kerana pengalaman dia mengajar di sini... Betul katanya...jalan teruk dan sempit...kereta memang susah nak masuk....well...asalkan ada line tepon, elektrik dan air... itupun dah cukup utk survive.. Aku tak masuk la ke dalam... Setakat di depan sekolah pun cukuplah...

Kemudian kami pusing balik dan terus ke pekan Daro...

Sempat gak aku snap gambar nih... hehehe :)


Siapa cakap gadis Sarawak tak comel?

Sampai2 je di Daro, terus member aku refill minyak. Lepak minum2 kat medan baru.... dah lama tak datang, dah ada medan makan...kalau tak, memang susah sikit nak cari tempat makan. Abis je isi perut, kami pun pusing2 pekan Daro dengan berjalan kaki sambil tangan memetik kamera DSLR.


Bukan lagi pekan koboi seperti dulu..


Walaupun berusia, tetapi menggunakan aircond... ;)


Hell69 - Photogenix69's member...


Cantik kan?


Tangga nih...percaya tak...? :P

Habis pusing2, kami pun memulakan perjalanan pulang. Tapi sebelum tu, kena singgah jap ke rumah kakak Ramli, nak ambil barang katanya.



Cantik nye rumah tu....

 Aku tengok la barang tu tapi kecik je dalam plastik hitam...

"Pe benda tu?"

"Tempoyak...."

"Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........................."


Perjalanan pulang ke Mukah diteruskan...naik feri pun dalam keadaan gelap...memang tak duduk luar macam siang tadi... 

Sampai sini je...

Terima kasih sebab membaca....

Trip ke Gua Niah hari tu pun belum buat lagi...hadeii....

Peace out......

p/s: akad nikah aku 27hb Mei, malam. Kenduri sebelah rumah aku 31hb Mei, sebelah perempuan 2hb Jun...