Peminat

Monday, July 2, 2012

Aku Dah Kawen!!! Part 3



Sambungan...

Pi mai pi mai... Ayah aku pi la merisik kat Jitra nuu..... Seingat aku, yang pi tu ayah aku, mak aku, maklong, sepupu aku ngan isteri dia... 2 buah kereta laa...

Sembang-sembang semua... kira jadi laa...

Majlis pertunangan aku dibuat pada bulan Disember 2011 di rumah Kak Wani ... Dan aku takdak kat majlis tu sebab aku pi kursus perkahwinan... Tapi aku singgah gak petang tu.... Jumpa Kak Wani dan famili semua yang masih tinggal.... Dah lewat petang sangat dah time tu.. Pakat-pakat dah balik abih...

Alhamdulillah... Majlis selesai dengan baik...

Hantaran yang ditetapkan adalah RM7000 semuanya... Yakni duit hantaran sebanyak RM6339 dan mas kahwin sebanyak 1 keping dinar emas...

Dan sesungguhnya, aku merahsiakan hal pertunangan aku daripada kawan-kawan di Sarawak..  Hanya beberapa orang sahaja yang tau...Kawan-kawan kat kampung semua tau la... Adik beradik semua... Di FB pun tak ramai yang tau kecuali Alang Dayana Ramli... Dia la orang first sekali dalam FB yang tau... Macam mana dia tau? Sebab aku yang bagitau... Pastu merebak... Adeehhh.. Takpe-takpe... Diam-diam aja....

2012| Menjelang tahun baru, aku menjadi tunangan orang.. Disebabkan aku merahsiakan hal ini, aku tak rasa macam bertunang... Akan tetapi, aku tetap dapat berasa menjadi tunangan orang dengan adanya Ewi.. Kami saling berhubung melalui sms.. Kadang-kadang bercakap melalui telefon kalau ada hal-hal serius nak dibincangkan... ;)

Aku ngan Kak Wani dah sepakat nak buat kejutan.. Nanti-nanti dah dekat nak cuti sekolah, kami akan edarkan kad jemputan perkahwinan aku.. Rancangannya camni, Kak Wani akan edarkan kad kawen tu dan mengatakan yang adiknya yang akan berkahwin... Aku cuma duduk diam je.. Nanti bila diorang buka kad, pastu baca, baru diorang tau, sapa bakal suami adik Kak Wani... :)

OK tak idea ni? Hehehe..

Memang diorang pun tak sangka...

Pakat-pakat terkejut... Kad diedarkan time meeting ngan semua staf.. Jadi semua pun dah tau... Pastu baru la aku sebarkan dalam FB... :)

(bersambung)

1 comment:

Unknown said...

tahniah2 banzai!! lama xBW ni..