Peminat

Wednesday, July 11, 2012

Aku Dah Kawen!!! Part 4 Finale


Bersambung...

Dalam tempoh kami bertunang... toksah dok kata laa.. Banyak sungguh dugaan mendatang...
Kat aku ni macam-macam la dok jadi... Contohnya, dengan tiba-tibanya.. Ramai plak yang nak kenal ngan aku.... Kawan aku, Ustaz Afizan nak kenalkan aku ngan kawan-kawannya yang sememangnya mencari calon suami.. Ustazah-ustazah plak tu.. Adehhh.. Kena plak aku berkenalan dengan blogger-blogger perempuan yang cun melecun... Yang dalam FB lagi...

Kawan-kawan aku yang lain pun nak kenalkan aku ngan kawan-kawan perempuan yang lain..

 Huuuuuu.....

Memang rasa tergugat la jap.. Tapi Alhamdulillah... Terkenangkan tunang aku ni, semua tu hilang...

Masa nak tentukan tarikh perkahwinan kami pun, macam ragam gak... Pihak perempuan mulanya nak buat bulan Mac 2012, pastu tukar Jun 2012.. Mak aku memang dah tetap 31 Mei 2012 kenduri sebelah aku...



Last2 pihak perempuan tetapkan tarikh akad nikah ngan kenduri 27 Mei 2012.... Akad selepas solat Asar, kemudian terus kenduri sampai malam... Memang berlainan laa..

Alhamdulillah... Sekali lafaz dengan lajunya... Ayah mertua aku sendiri yang akadkan..  Hadirin memang ramai malam tu... Kenduri sebelah aku plak.. Alhamdulillah.. Walaupun hujan, tetapi tetap meriah.. Kepada kawan-kawan yang tak dapat datang tu... Takpe... Saya faham.... (Tarikh jatuh Hari Khamis)


Last sekali aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang memberi kerjasama dari pada awal hinggalah akhir majlis aku ni... Kepada Pak Anjang sekeluarga yang terlibat dalam urusan peminangan, Pak Teh sekeluarga yang banyak membantu, Mak Long sekeluarga yang banyak berusaha, Pak Lang sekeluarga yang datang jauh dari Melaka.. Tok Long sekeluarga yang bersusah payah.. Arwah Pak Andak yang sempat hantar Mak Andak sekeluarga datang menolong serba serbi.. 

Saudara sepupu sepapat sebelah ayah aku yang sama-sama datang memeriahkan kenduri aku nih.. Sepupu2 sebelah mak aku yang cambest.. Adik2 aku yang banyak menyumbangkan tenaga sampai demam lepas kenduri aku tu... 

Terima kasih juga kepada keluarga sebelah isteri aku...
terutamanya Kak Wani kerana pertemukan kami...

Terima kasih kepada kawan-kawan semua yang mengucapkan tahniah..yang datang..yang bagi hadiah.. 

Dan paling aku takkan lupa.. mak dan ayah aku yang paling aku sayangi ( selain isteri aku.. ^__^ ) yang banyak memberi sokongan... nasihat... dan sebagainya...







Aku dengan Ewi, isteriku yang tersayang.. Ingin mengucapkan sekali lagi..
Terima kasih bebanyak!!!

6 comments:

dila bahar said...

amboi... cantek nye kak long.. heheee...

aBANgZAI said...

Terima kasih.... :) cakap la camtu depan dia nanti ye? heheh

Sophie said...

cantik. manis orangnye... u bertuah dapat dia utk jadi penyeri hidup. :)

Hirdayu Rahmat said...

assalamualaikum :)

manis dua dua nya.. semoga paanjang umur, panjang jodoh, panjang rezeki nya :) amiin. cepat cepat nak tengok beby :)

lokman said...

tahniah.. ^_^

saya ingin menjemput anda untuk join segmen saya..

http://lokmanramli.blogspot.com/2012/07/segmen-lokman-saya-blogger-dari.html

kalau ada cadangan atau recommend pasal mana2 blogger daripada politeknik amat dihargai.

nazayiena said...

Tahniah....
salam kenal dr kak Nurul dan follow sini.