Peminat

Sunday, October 2, 2011

RIDE TO BINTULU: Pesta Layang-Layang

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ini. Baru kali ni aku nak update pasal trip aku ke Bintulu seminggu yang lepas dengan berkonvoi dari Mukah ke Bintulu. Pasai pa aku pi sana? Sebab ada pesta layang-layang yakni Borneo Kite.


  Jadi pada mulanya kami bertiga, Aku dengan 125ZR, Uda Samat dengan RXZ dan Amin dengan EX5. Bergerak dari Mukah tepat jam 5 petang, tapi singgah jap ke gerai makan sebab Uda belum makan dari tengahari lagi.Owwhh...hari itu adalah hari Jumaat.



Selesai je makan, kami terus bergerak melalui Jalan Ladang (dah diupgrade jadi highway) dan sememangnya Amin berada didepan dalam konvoi kami sebab dia tunggang EX5. Kami singgah dulu di Selangau untuk bergambar dan berehat sekejap sebab ada member lain yang nak ke Bintulu sama tapi naik Myvi. Walaupun nak ke tempat yang sama tapi lain-lain trip.


  Selepas itu kami pun mula bergerak ke Tatau. Dalam perancangan yang kami buat, kami nak singgah lepak tido kat rumah member si Uda ni, Wan. Esok pagi baru gerak ke Bintulu sekali dengan Pak Alie yang dah menunggu kami. Sebabnya hari dah makin gelap dan agak merbahaya nak meneruskan perjalanan sampai ke Bintulu. Kiri kanan hutan sepanjang jalan. Lampu jalan memang jarang-jarang ada. Tambahan pula jalan rayanya yang agak hancur. Konfem langgar lubang. Memang merbahaya. 


  So, tepat jam 9 malam, kami sampai di Tatau tapi boleh pulak si Uda ni lupa kat mana rumah Wan. Berenti tepi jalan, call lebih kurang, mula gerak sampai la ke rumah flat si Wan ni.... Dengan hepinya si Wan sambut kami sebab lama tak jumpa Uda dengan Amin (dengan aku? Depa ni geng-geng technician, aku ni cikgu, lain...tapi boleh satu kepala..hehe). Pak Alie lak bebel sebab lambat sangat. Haha..bukan pe, diorang lapar dok tunggu kami nak makan sekali. So sebelum keluar makan, ingat nak simpan barang dulu. Tengok dengan keadaan kawasan nih, agak bahaya jugak kalau aku tinggal 125ZR aku kat bawah ni. Dah la Lock U (kunci rim moto) aku jatuh kat Mukah lagi...cis...


Wan pula suruh letak barang-barang kat bonet Nissan California dia, kemudian bawa kami ke sekolah dia untuk menyimpan motosikal kat kawasan perumahan guru. Situ selamat  sebab ada Pak Guard jaga pintu depan. Parking je, Wan simpan helmet kat atas rumah (ni rumah tinggi sebab kawasan ni selalu banjir). Aiseh? Simpan helmet sekali ke? Aku konfius. Dah tu kami pun pergi la makan malam kat satu kedai feveret si Wan nih. Boleh tahan. Dok sembang-sembang aku pun tanya la si Uda. 


"Kita pi teruih Bintulu naik keta ka?"


"Haah"


"Laaa...konvoi sekerat jalan je la kita ni... Waiseh..." Aku menepuk dahi.


Tajuk atas nak kena tukar ke? Tak payah la kan? Dah sedap dah tajuk tuu.. Huhuhuhu...


  Habis makan malam, kami terus bergerak ke Bintulu dengan keadaan jalan raya yang lebih teruk lagi. Huhu..semua kejadian ada sebabnya....
Sampai di Bintulu dalam jam 11 lebih-lebih gitu, bertemu dengan sorang lagi member technician, Mahadi. Sebelum singgah ke rumah Mahadi, kami ke tapak Pesta Layang-Layang untuk meninjau keadaan pada waktu malam.


ESOK PAGINYA!!!


  Kami pergi sarapan dulu, disebabkan Mahadi pun nak naik skali ngn kami tadi (masa mula-mula datang tu memang dah penuh, badan masing-masing besar, Wan sorang je kecik), Uda terpaksa duduk dibahagian bonet. Tapi takpe, dia rela. Lagipun ada sejarah lagi best dari itu masa mula-mula diorang ke Miri. Dasyat!!





  Dan terus kami ke tapak pesta. Hari sememangnya cerah. Matahari memancar terang sehingga boleh membakar kulit menjadi lebih gelap. Huhuhu... Sampai sana macam biasa, dengan DSLR di tangan, maka Street Candid di jalankan. Malang bagi aku, Lens kit aku buat hal. Dah tak boleh autofokus... Haduyaiii...... Candid memang tak menjadi.



  Aku dah berjanji pada diri sendiri semasa Pesta Kaul Mukah, aku nak beli layang-layang yang boleh dikawal. Memang ada dijual. Ada gerainya. Masuk je ke gerai tu, mata aku dah terpandang layang-layang jenis tu. Huiyoo...bukan calang-calang nih. Sebabnya, harga mencecah RM420!!! Mak aihh..Memang cancel la nak beli layang-layang jenis camtu. Pastu mata aku mencari layang-layang biasa tapi besar. Selebar depa tangan aku. Berbentuk segitiga macam kapal terbang Stealth. Harganya RM45 + RM30 untuk tali dan alatan. Puas hati aku. Dan aku pass kan layang-layang aku tu kat kawan aku Fahmi dan Firdaus (housemate) yang datang menaiki kereta untuk dibawa balik bersama-sama 3 orang lagi member perempuan yang sorang je aku kenal. Julita.






  Pusing-pusing ambil gambar layang-layang gergasi, tengok demonstrasi layang-layang 'control', usha-usha awek nak di candid kan..minum air kelapa sebab panas terik. Tak lama pun kami di situ. Tak dapat nak tunggu lama-lama, sebab panas dan tiada aktiviti lain lagi nak buat kat situ. So, kami pun pergi jalan-jalan sekitar Bintulu.






 




  Tempat pertama kami singgah dulu adalah di sebuah tokong cina. Sempat la bergambar sekejap sebelum kami singgah di Masjid Besar Bintulu untuk menunaikan solat Zohor. Kemudian kami ke Park City Hotel (bukan nak tido hotel sebab bawah hotel ni ada Mall) untuk round-round. Memang tak sia-sia la kami ke sana sebab aku dah terjumpa Headphone jenama Monster Beat by Dr. Dre yang selama ini menjadi idaman aku. Dengan harga yang murah dari dalam internet dan kedai Apple Store, aku beli tanpa banyak soal walaupun aku inginkan headphone yang berwarna putih. Aku terpaksa juga beli yang merah sebab kualiti sound dia yang diambil kira. Best woooo...tangkap leleh wa cakap lu. Terima kasih Pak Alie sebab tunjukkan aku headphone tu. Memang tak perasan.


 






  Habis round situ, kami singgah jap di kedai The Chef yakni kedai roti (tapi ada juga menu lain). Boleh tahan makanan kat situ. Harga pun biasa-biasa je...(standard KL). Kenyang, kami cari surau untuk solat Asar. Kena jadi imam sebab aku paling tua...aduyai...tanggungjawab dilaksanakan. 


Dari kiri: Uda Samat, Wan, Mahadi, AbanGzai, Amin, Pak Alie




  Kami singgah pula di Water Front Bintulu. Bergambar lebih kurang. Cari port pantai pula nak bergambar situ, tapi laluan ditutup sebab ada racing basikal..haduhhh...memang jem laaa.. Terpaksa pusing jauh. Dapat la jugak bergambar dekat kawasan nelayan. Itu la tempat last sekali.






  Balik ke rumah, solat Maghrib & Isyak, plan terbaru, malam tu kami bertolak semula ke Tatau. Tido kat rumah Wan sebabnya senang bagi kami nak berkonvoi pulang ke Mukah. Papepun makan malam tak lupa. Rumah Wan tak besar, okla bagi orang bujang. Biarlah kami je yang tahu. Memang malam tu aku tido tak lena. Ahahahaha...






  Esok paginya, kami bersiap-siap. Sarapan dulu lebih kurang, ambil motosikal kami yang di parking kat sekolah Wan dan seterusnya cari port nak bergambar. Oohh..lupa.. Amin ni dapat pindah ke semenanjung. Kalau tak silap, dalam bulan Oktober ni jugak. Tahniah Amin!! 


 





  Selesai bergambar, kami terus pulang ke Mukah dan sampai kira-kira jam 12.15 tengahari. Pak Alie dan Amin singgah sekejap di rumah aku dan Uda sebelum menyambung perjalanan pulang ke Daro. Tamat.
.
.
.
.
.
.
.

Oppss..petang tu jugak aku terbangkan layang-layang aku. Perghhh...memang btul kata apek tu. Layang-layang aku tu memang tarik angin. Sekejap je dah terbang tinggi melebihi layang-layang biasa. Lebih 200 kaki tu....


Sekian dari aku... Peace out..






Bila lagi nak konvoi Uda Samat? :)








p/s: kalau jadi, hujung tahun ni aku bertunang...terus nikah kut.... ;)

5 comments:

Anonymous said...

manteps....akan dtg...tp korum da ilang sorang....heheh...

Pak Lee 83 said...

aku tgk la hjg taun ni...kalau xde pape mungkin nak pi jejln miri....hahaha

yo87 said...

Jauh perjalanan indah pemandangan. :D Nasihangit dah linkkan blog ni. Kalau tak percaya, boleh check dekat sini.

http://nasihangit.blogspot.com/

Nanti share lagi yer info yg menarik. Hehehe :D

~naddy~ said...

comel2 laa layang2 tuuuu..

Man said...

yang ada mall kat bawah tu..hotel kat atas adalah new world hotel . parkcity hotel terletak kat waterfront bintulu. anyway good travelog