Peminat

Saturday, July 9, 2011

Bertunang Pada Jun Lalu...

Melihat ramai kawan-kawan yang sudah bertunang, nikah-kahwin, malah pakat-pakat dah ada anak. Besar-besar dah anak diorang, maka keputusan diambil dengan hati yang terbuka dan girang, majlis pertunangan telah diadakan Jun yang lalu. 

Alhamdulillah......semuanya cukup bersyarat. Bergerak beramai-ramai ke rumah pihak perempuan. 7 buah kereta kalau tak silap. Semuanya adik-beradik belaka...Pihak perempuan menyambut baik kedatangan kami, perbincangan tentang majlis akad dan kenduri kahwin dibuat dan dipersetujui...Maka cincin pun disarung menandakan sudah bertanda. 



Pertukaran hantaran meminang antara kedua-dua pihak dimulakan....masing-masing menunjukkan kreativiti dalam menghias hantaran... 



Lupa sudah berapa dulang di balas berapa dulang....yang masih aku ingat, pihak lelaki berwarna biru dibalas pihak perempuan berwarna merah....kek dan coklat menjadi perkara wajib, buah-buahan perkara biasa....yang terbaru adalah cupcake...




 Habis semuanya, kami dijamu mee kuah.....perghhh..nyaman sekali....



Perut sudah kenyang...gembira lagi hati yang mana diri akan bergelar suami tak lama lagi....Semoga Allah S.W.T. memberkati majlis dan hasrat untuk membina rumah tangga yang bahagia...



Melihatkan sepupu ku kini sudah bergelar tunangan orang, hati aku mula berbisik..."Bila pula giliran aku menjadi tunangan orang dan seterusnya bergelar suami kepada isteri tercinta? Takkan selama-lamanya nak membujang?" 

Aku tersedar dari lamunan seraya terpandang bondaku melihat ku dengan senyuman yang penuh makna...aku hanya mampu tersenyum...saudara-saudaraku yang lain juga berseloroh tentang jodohku...

Semua itu berlaku di majlis pertunangan sepupu ku pada Jun yang lalu...

Sebelum pulang ke Bumi Kenyalang, ayahanda ku berpesan, "Usah dirisau akan jodoh mu kerana masa itu pasti akan sampai. Sementara menunggu, lengkapkanlah diri supaya masa itu nanti, kamu sudah bersedia dari segi fizikal dan rohani."

Memikirkan pasal kahwin, adakah aku sudah bersedia? Wallahualam.....hanya aku dan Allah S.W.T. sahaja yang tahu...

p/s: cerita diatas adalah benar belaka dan ayat2 diubahsuai supaya nampak macam novel sket....baru sedap nak membaca...

2 comments:

Unknown said...

ingatkan tuan empunya log tadi..

aBANgZAI said...

:) saja kasi gempak sket..