Peminat

Saturday, September 10, 2011

Cerita Pasal Raya 2011 Part II

Kalau hangpa belum baca part I punya, hangpa boleh klik link kat bawah ni..

Cerita Pasal Raya 2011


Kita sambung lagi...

Tengah malam sampai kat rumah, terus aku cari mak ayah aku...
Salam lebih kurang..jumpa tok (nenek) sebelum kemaskan diri untuk masuk tido...
Memang letih dan ngantuk tahap gaban ahh ding dong...
(rugi aku satu malam tarawih...ntah2 malam tu malam lailatul qadar..huhuhu)


Esoknya lepas sahur dan sembahyang subuh, aku terus lena dibuai mimpi..
Penat masih belum hilang...sampai la ke sembahyang Jumaat. Mata masih berat.
Tapi aku tak terus tido sampai ke petang. Ada la aktiviti yang aku buat.

Member plak call, bila nak datang Perlis amik lensa Nikkor 35mm?
Huhu..dah cadang nak pi esok (Sabtu) tapi dah ada plan dengan famili nak pi shopping raya...
Takpa laaa...bukan takdak hari lain..



So Sabtu tu aku keluaq ngan famili aku mencari baju raya. Dah janji nak belikan baju teluk belanga untuk ayah aku. Mak aku takpa dah. Dia jahit sendiri baju raya dia.
Ayah aku lain sket, kalau nak beli tu biar alang2 la kan..cari yang berkualiti dan up to date..
Memang merata kami pusing, last2 singgah Parkson juga.
Memang semua barangan berjenama..Aku belikan untuk ayah aku sepasang, adik bongsu aku sepasang.
Adik tengah aku kata dia nak pakai baju tahun lepas lagi sebab masih elok. Selamat jugak la duit aku kan...

Dah habis pusing, mak ayah ajak balik. Aku suruh diorang carry on sebab aku masih tak puas pusing lagi.
Bukan pe, aku tak beli lagi baju raya aku..
Dah jumpa awal2 lagi tapi tak beli..biasalakan...survey dulu...
Nasib baik la datang dengan 2 bijik kereta. Mak ayah aku balik rumah, aku dan adik2 aku teruskan perjuangan mencari pakaian untuk sambutan Aidilfitri..



Baju teluk belanga aku berwarna hitam tahun ni...
Mak aku pulak asyik dok kata..asyik2 hitam...hitam2 asyik...
Padahal selama aku hidup, inilah kali kedua aku pakai warna hitam. Yang 1st tu aku pakai masa sekolah menengah..itu pun tempah dari orang kampung...Warna hitam berpatern kotak2 kecik...Eh? Baju raya ke tu? Tak ingat laa...


Aku beli pun sebab nanti boleh dipakai untuk majlis2 rasmi kemudian harinya. Sebab tu la aku beli warna hitam gak...

Last sekali adik tengah aku ajak aku pi cari seluar jeans...
Haa..aku pun memang dok cari2 gak..kali ni aku tau dah jeans camna aku nak pakai..sesuai dengan kasut Supra aku tu... Dan......sememangnya takdak yang sesuai.. Biasa la..
Saiz pinggang besar mana ada yang slim fit punya. Kalau ada saiz pun semuanya yang regular atau straight.. Faham2 la bila dah pakai...muat memang dah muat tapi bila sampai ke bahagian bawah yakni bahagian kaki..dah jadi baggy..bell bottom...huh...member cakap, dia selalu pi alter je kat kedai jahit kasi kecik bahagian kaki tu.. Masalahnya lagi 2 hari nak raya..mana ada kedai nak terima dah... Last2 aku memang tak beli..pakai je mana yang ada.. Dan aku jugak keluarkan duit untuk jeans adik bongsu aku..Adik tengah aku ada duit sendiri...nasib baik lagi la..

Baju raya a.k.a. T-shirt?
Memang aku tak beli tahun ni...

(Bersambung)


No comments: