Peminat

Saturday, August 6, 2011

Perihal Kurma...

Wal kurma' nak buka puasu ul khabisadulagi...

Masih ingat dengan ayat ni? Hehehe.... konfemlaa dari cerita Pendekar Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramleee....kat bawah ni aku selitkan video part diorang cuba baca surat dari Cikgu Ros... ;)


Kalau sebut pasal buah kurma, kita selalu kaitkan dengan bulan puasa, tanah Arab, kisah2 Nabi dan lain2... Kat sini aku nak cerita sedikit yang aku baca dalam majalah perihal buah kurma ni....

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud:  
"Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?"

Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah.

Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata: 
"Aku terfikir mungkin jawapannya pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau masih di usia kanak-kanak)."

Para sahabat bertanya: "Apakah jawapannya wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda lagi: "Kurma."

(Riwayat Muslim no. 5027 & al-Tirmizi no. 2793)

Mesti korang rasa pelik.. Kan pokok kurma pun ada daun2. Takkanlah tidak pernah gugur langsung? Memang ya. Daun pokok kurma tidak pernah gugur langsung kerana yang gugur sebenarnya adalah pelepahnya. Betul tak? Sama juga perihal pokok kelapa dan sewaktu dengannya. Baru aku terfikir... Memang ada logiknya...






Kita sambung balik pasal buah kurma ni.






Dikatakan buah kurma ini adalah makanan ideal.
Ia sangat kaya dengan zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bahkan dalam sepotong hadis yang lain, Baginda bersabda yang bermaksud: 

"Wahai Aishah, mana-mana rumah yang tidak ada kurma, maka penghuninya akan lapar."

Baginda mengulanginya sebanyak dua atau tiga kali. (Riwayat Muslim no. 3812)

Kurma mengandungi kadar gula yang tinggi dalam bentuk glukosa dan fruktosa, di samping protein, lemak, vitamin A, B2 dan C serta beberapa mineral penting yang lain iaitu kalsium, potassium, fosforus, magnesium, sodium (natrium) dan florin.

Sunnah berbuka dengan kurma.
Pada bulan Ramadhan, Rasullullah s.a.w. menyarankan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sabda baginda yang bermaksud:  

"Apabila seseorang daripada kamu berbuka puasa, berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia adalah suci." (Riwayat al-Tirmizi no. 594)


Sudah terbukti secara saintifik, kurma membekalkan sumber tenaga segera kepada manusia, bahkan mengawal pemakanan agar tidak berlebihan kerana rasa letih dan kelaparan sudah berkurang dengan ketara. Namun perlu diingatkan bahawa berbuka dengan buah kurma, semata-mata mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w., bukan atas faktor diet dan kesihatan.

Protein buah kurma dibina daripada 23 jenis asid amino yang sebahagiannya tidak terdapat pada mana2 buah yang lain. Florin dan kalsium adalah mineral yang sangat baik untuk kesihatan gigi. Kadar magnesium yang tinggi dan kewujudan selenium mampu mencegah kanser.


Kurma juga sangat berguna pada ibu yang mengandung kerana membekalkan vitamin B6, asid folik, kalium dan magnesium yang berfungsi memantapkan jantung dan peredaran darah. Kalsium yang banyak pula berfaedah untuk tulang dan gigi bayi di dalam kandungan.

Allah s.w.t. telah mengisyaratkan perkara ini dalam kisah kelahiran Nabi Isa a.s., apabila Maryam diperintahkan agar memakan buah kurma ketika dalam proses melahirkan baginda.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:  
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arah mu, nescaya pokok itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu."
(Surah Maryam 19:25-26)

Banyak cerita pasal kurma ni sebenarnya. Aku cerita sikit2 je la setakat nak berkongsi. Kalau nak cerita semua, sampai Raya pun belum tentu habis. Baik korang cari majalah2 tertentu ataupun Google je dalam internet.....

Sebelum menutup cerita ni, aku nak kongsi sikit lagi. Korang perasan tak? Setiap kali Ramadhan je, baru masyarakat kita berebut-rebut nak beli buah kurma. Nak ikut sunnah la katakan.... Sedangkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dahulu, Baginda menyimpan stok kurma sepanjang tahun di rumah Baginda. Kita?

Wallahualam......

olahan dari Majalah Solusi Isu #34
gambar dari blog2 di Google

1 comment:

Admin said...

air kurma lagi best... hehehe.. ice info btw