Peminat

Tuesday, August 9, 2011

Rasulullah s.a.w. Tak Benarkan Sesiapapun Membaca Al-Quran



Haaa!! Rasulullah s.a.w. marah ke?
Pasai pa tak bagi orang baca al-Quran pulak dah?

Dah..dah...
Sabaq dulu sat...jangan terjah tak tentu pasai....
Meh baca dulu kat bawah ni.....

Hal ini terjadi ketika Rasulullah s.a.w. menjadi imam dalam suatu solat berjemaah...

Ada pandangan yang mengatakan makmun wajib membaca al-Fatihah di belakang imam, berdasarkan hadis berikut:

"Sesiapa yang mempunyai imam (ketika solat), maka bacaan imam adalah bacaannya."
(Riwayat al-Dar Qutni)

Ini bersandarkan pada hadis berikut:

Rasulullah s.a.w. menunaikan solat subuh di mana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud:

"Aku dapati kamu membaca (al-Quran) di belakang imam kamu." 

Sahabat menjawab:

"Ya mengapa, wahai Rasulullah?" 

Baginda berkata:

"Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaan Uum al-Quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah." 
 (Riwayat Abu Daud al-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua daripada al-Quran tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umm al-Quran (al-Fatihah)."
(Riwayat al-Dar Qutni, Ahmad)

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurut al-Hafiz Ibn Hajar yang bermaksud:

"Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (di belakang imam)."
(Nay al-Awtar, jilid 2, halaman 511)


Haaaaaaaaa......
Tau dah kan? Maknanya, kalau kata kita berimam, bacaan al-Fatihah adalah wajib. Pastu kalau nak ikut imam baca bacaan yang dibaca....(faham ke?), itu adalah sunat. Tak baca pun takpe dah.

Bacaan Quran? Hmm... Rasulullah s.a.w. dah larang. Takkan nak buat jugak? Tapi apa yang aku faham, mungkin bacaan sahabat nabi terlalu kuat sehingga mengganggu bacaan Baginda...tak salah kan kalau nak baca Quran....tapi dah disebut tadi, bacaan imam adalah bacaan makmum....

Dari pengalaman aku laa..... Semasa sembahyang sunat tarawih di kampung dulu, ada seorang hamba Allah ni tiap kali selepas imam membaca al-Fatihah, tangannya menyeluk poket dan mengeluarkan satu al-Quran bersaiz kecik dan terus membacanya (tapi tak kuat la). Tangan kiri masih di badan, tangan kanan memegang al-Quran. Bila time rukuk, dia simpan balik al-Quran tu semula dalam poketnya.....dan seterusnya mengulangi perbuatannya sampai habis solat....



"Boleh ke?" Tanya aku kat orang tua aku..... "Tak sah sembahyang rasanya, sebab melakukan perbuatan/pergerakan lebih dari 3 kali....."

Betul jugak, satu rakaat dah 2 perbuatan, ambil dari poket, letak balik dalam poket. Faham kan maksud aku?

Wallahualam......


No comments: