Peminat

Friday, August 5, 2011

Rasulullah Menggemari Labu


Bila sebut tentang makan,
semua orang mempunyai makanan feveret masing2.
Termasuklah Baginda Rasulullah s.a.w.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan:

"Rasulullah s.a.w. ialah seorang yang menyukai buah labu. Maka setiap kali diberikan makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menghidangkan buah labu dihadapan baginda kerana saya tahu bahawa Baginda menyukainya."

(Riwayat Ahmad, al-Darimi, al-Nasa'i dan Abu Daud)

Setiap kali nak berbuka konfem la kita beli makanan feveret di bazaar. Tapi kalau dah banyak jenis makanan adalah feveret, janganlah beli kesemuanya. Jangan turutkan nafsu. Makan banyak sangat pula nanti, jadi 'ular sawa'. Tak larat bergerak sebab dah terlalu kenyang. Nak sembahyang pun dah jadi malas. Kalau makan tak habis nanti membazir pula. Membazir kan amalan syaitan. Sekarang syaitan dah kena ikat, tak boleh tuduh diorang dah. Semuanya sekarang daripada diri sendiri.

Wallahualam...



1 comment:

Anonymous said...

makan banyak leh bawa mudarat..nak2 bila dah kenyang jadi malas nak beribadat.....