Peminat

Saturday, March 26, 2011

Senikah Itu? - Anak didik ku...

Salam sejahtera semua.....lama aku x update...

Orait, update kali ni tentang kelas Pendidikan Seni yang aku ajar baru2 ni...bertajukkan Tembikar dalam bidang mengenali Kraf Tradisional.....so, memang la tajuknya tembikar tapi bukan la bahannya dari tanah liat yang ori tetapi tanah liat klon atau lebih mudah dikenali sebagai Plastisin....

Tajuk ni mengingatkan aku pada zaman aku blajaq dulu kat UiTM..Art & Design : Ceramics...pelbagai suka duka aku ngan kengkawan time tu takkan aku lupakan. Ok, sambung balik...jadi aku cuba ajar diorang asas membuat tembikar yakni menguli, menggentel, picitan dan rekaan....maybe ada lagi tu tapi aku tak ingat...

Jadi masing2 bawa plastisin sendiri. Satu kotak berharga RM 1.20..murah la tu..ada yang bawa sampai 3-4 kotak..jadi aku minta diorang guna satu kotak je..guna sampai habis..tak tinggal secebis pun...

"Camne nak buat cikgu?"-soalan yang biasa di tanya. Dengan arahan yang pertama, plastisin yang mulanya petak diuli menjadi bulat. Habis je uli, cubit sedikit untuk dijadikan tapak tembikar. Penting ni, nak bina rumah pun kena ada tapak dulu kan?


Plastisin yang dicubit sikit tadi dileperkan, tak tebal tak nipis. Kemudian, yang selainnya digentel menjadi panjang  (macam buat keropok lekor). Dari situ, teknik lilitan digunakan. Plastisin yang panjang tadi disusun atas tapak tadi sehingga menjadikan bentuk silinder.

Tapi takla sampai guna semua untuk lilitan tu..nanti tak cukup plak
 nak buat hiasan. Dari situ, diorang dah faham nak buat apa..

Masa yang diambil agak lama juga la sebab nak gentel bagi panjang dan sama besar. Tambah2 nak susun bagi sama plak nak bagi jadi silinder tu.

Tak termasuk dok menyembang memanjang....tak abis2..

Apa yang diorang gosipkan tu xtau la..

Biasala kalau dah duduk dalam group masing2. Ada je cerita yang nak diceritakan walaupun cerita itu dah banyak kali diceritakan..

Eeiii..berapa banyak cerita daaa....





Ok, kita sambung lagi. Jadi, sesudahnya diorang abis susun palstisin tu, aku pun tunjuk serba sedikit bagaimana nak buat hiasan sama ada menggunakan teknik tekapan atau pun guna plastisin yang selebihnya menjadi bentuk seperti ukiran atau mini arca...


Bentuk hiasan adalah pilihan masing2. Aku tak larang apa pun diorang nak buat. Janji apa yang dihasilkan adalah kreatif dan menarik. Diorang ni pun bagus, kongsi2 plastisin supaya tembikar yang diorang buat tu nampak ceria dan berwarna-warni..bagus2..aku suka.....





Pelbagai teknik digunakan.




Pelbagai hiasan di hasilkan







Hampir sejam, mana yang dah siap, ditunjukkan kat aku. aku approve, and then aku snap la gambar...nape aku buat camtu? Sebabnya aku nak diorang bawa balik hasil kerja diorang supaya dapat ditunjukkan kepada parent diorang. Tambahan pula, aku tak nak simpan plastisin yang diorang beli sendiri. Lain la kalau aku yang sediakan plastisin tu....tapi kalau simpan lama2 pun jadi tak elok.

Akhirnya, diorang dah siapkan projek yang aku bagi. Gambar yang kat bawah ni adalah gambar murid aku dengan hasil kerja diorang. Yang mana ada la...Ramai yang tak hantar sebab tak bawa plastisin tapi diorang ni tak duduk saja. Diorang tolong kawan2...jadi tak lama la sangat masa diambil untuk siapkan kerja.

Dari kiri: Amir, Safarah, Bibiana, Aiman, Ain, Norashikin, Ainin.
Dari kiri: Gwendoline, Azalilah, Felicia, Fareez, Nadzmi, Awang, Aaron.

Kreatif tak diorang? Mesti la kreatif...pelbagai jenis design kita boleh tengok. Jadi, apa yang mereka buat ini, sudah semestinya seni. Orait semua? PEACE!!!


1 comment:

Unknown said...

felicia punya unik ! :p