Peminat

Sunday, April 17, 2011

Pancing Udang

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Tengok pada tajuk pun hangpa dah tau apa aktiviti aku hari ini. Dalam kesibukan rakyat turun mengundi di bumi Mukah ini, aku ngan member aku turun memancing udang di sungai berhampiran Lamin Dana. Tempat yang agak digemari oleh kaki2 pancing untuk memancing udang.

Sebelum tu, aku nak gitau sikit pasal udang ni. Ada nama2 tertentu tau. Macam yang biasa kita dengaq, udang(udang biasa), udang harimau, udang kara, udang galah...betul tak? Klau hangpa tengok gambaq kat bawah ni, agak2 hangpa la.. Apa nama udang nih?


Gambaq tahun 2010 ni di Kuala Balingian. First time dapat udang sebesar tu. Seronok tak ingat :)


Haa...tau ke? Siap ada sepit biru tu...!Konfem hangpa sebut udang galah kan? SALAH!! Udang kara pun salah. Nama yang sebetulnya adalah semata2 U.D.A.N.G. Haaa..!! Rasa pelik kan? Kan senang je panggil udang sungai sebab pancing pun dekat sungai. Tapi udang yang biasa kita makan dari laut tu, depa tak panggil udang. Depa panggil PAYAK. Kalau yang kecil2 halus yang di buat belacan/cencalok tu dipanggil PADEK. Begitulah nama yang diberikan oleh penduduk tempatan di sini.


Meh tengok gambaq aku ngan member aku memancing.


Inilah PADEK yang kami buat umpan. (udang makan udang?)
Member aku (Fahmi) tengah pasang umpan.
Giliran aku plak pasang umpan. Aku cuma pancing atas titi ni je.
Si Fahmi ni pancing dekat tebing. Selalunya kami pancing kat atas titi sebab port ni selalu ada orang lain.    



































































So, macam biasa la..tengok rezeki. Kalau dapat banyak, Alhamdulillah laa..kalau tak,lain kali pulak pancing lagi..Hehehe...

Kat sini depa panggil lumayan kalau dapat banyak. Tapi bagi aku cukup lumayan kalau dapat udang yang dah bersepit biru..


Dapat lima ekoq besaq2 ni pun dah puas hati :)



Jom tengok gambaq lain pulak.


Tengah dok pancing, pakcik ni turun basuh jalanya. (Ingat nak tebar tangkap udang)

Yang pakai baju biru ini adalah staf tempat aku kerja. Dia memang suka pancing udang. Yang baju kuning tu adik dia.

Port lain pulak ni. Seorang pemancing udang sekurang-kurangnya kena ada dua joran.
 Opss...Untuk pengetahuan hangpa suma, suma gambaq kat atas ni adalah gambaq2 lama. Bukan yang arini punya..Ahahha..sori la ek? Takkan tiap2 kali aku nak kena bawak kamera aku...Hehehe... Tapi aku memang pegi pancing udang arini tau. Okla semua. Peace Out!!

No comments: