Peminat

Thursday, April 28, 2011

Pertandingan Ratu KAUL

Assalammualaikum...salam sejahtera...


Mesti korang tertanya2 kan? Ratu tu tau la kan..macam Permaisuri or Ratu Elizabeth dan sebagainya kan?
Tapi apa benda nama KAUL tu? Haaa....Nak cerita panjang kang tak habis pulak sampai esok pagi.... Jadi aku cerita la sket...Nama Ratu KAUL atau Teluwaih Jinih tu datangnya dari sempena PESTA KAUL yang diraikan oleh rakyat Mukah Sarawak...dah apa benda pulak dah...Pesta tau la kan? KAUL tu apa?


Dah laa....Cukup la dengan Pesta Kaul...Dah nama pun camtu..ikut je...


Pesta Kaul dahulunya (yang aku faham la..) merupakan satu keramaian yang diraikan rakyat Mukah bermula dari bulan Mac (mula dari setiap kampung) hingga hujung bulan April (hari kemuncak pesta) untuk memuja semangat laut...supaya murah rezeki dan sebagainya...ramai2 pakat berkumpul. Bukan setakat memuja je, tapi ada gak adat2 lain seperti Makan Berambe'h..iaitu makan beramai2..macam piknik...best ooo part ni..nanti aku cerita...pasai pa best sangat...


Selain itu ada sukaneka..macam sukan rakyat...kiranya diorang ni main permainan tradisional. Permainannya lebih kurang je macam kat semenanjung..permainan yang unik sekali adalah TIBAU/TIBAO...permainan ni adalah berayun macam buaian tetapi menggunakan rotan dan naik beramai2..bermula dari seorang hinggalah sebanyak yang mungkin... Untuk memahami lebih lanjut...cari la dalam Google..mesti ada... :)


OK..sambung pasal piknik tadi...yang bestnye piknik adalah makan beramai2 sepanjang pantai. Makanan disediakan sendiri tapi duduk sebaris panjang gila...part yang paling best adalah hangpa boleh join makan sekali kat mana2 hidangan walaupun hangpa tak bawa makanan..diorang ni sporting tau...makan je...pilih mana hangpa suka..


ORAIIIIIIIIIIIIIIIITTT!!!

Kita tengok pula yang ni.....RATU KAUL......sebenarnye macam ratu cantik or ratu kebaya gitu la....unik la sket namanya kan? Baru start 2008 tuuu...skang Pesta Kaul dah termasuk dalam Kalendar Cuti2 Malaysia...


So part ni maybe tak banyak aku nk cerita setakat letak gambar je..gambar2 ni aku tak edit..kalau nk edit gak, minggu depan tak tentu lagi aku nak update blog pasal ni...




 Seramai 15 orang peserta (tak semua gambar ada sebab ada yang tak menjadi gambar). Gambar di atas menunjukkan peserta memakai pakaian tradisional Melanau. Warna tema masyarakat Melanau adalah Merah dan Hitam. Tudung saji yang diorang pegang tu dipanggil Terendak atau Tapau/Tapao.. Terendak ini juga adalah simbol masyarakat Melanau Mukah yakni digunakan oleh nelayan2 dahulu sebagai alas kepala dari bahang matahari...banyak bangunan kerajaan di sini menggunakan terendak sebagai mercu tanda di atas setiap bumbung bangunan..




KLIK UNTUK ENLARGE!!! 










 Cukup 15 orang mengikut turutan. Peserta memakai dress pulak untuk 2nd round dan menjawab soalan kuiz yakni untuk menguji minda mereka. Agak2 korang la..sapa yang menang? Cepat pilih!!!


Ratu Kaul 2008
Ratu Kaul 2010
Gambar di atas adalah bekas Ratu Kaul yang hadir istimewa untuk malam itu. Ratu Kaul 2010 akan memakaikan mahkotanya kepada Ratu Kaul yang baru. (Mana Ratu Kaul 2009 ek?)


PEMENANGNYA ADALAH.....


PESERTA NOMBOR 13!!!!

Dari kiri: Tempat Kedua - No 7, Tempat Pertama - No 13, Tempat Ketiga - No 8, Fotogenik - No 1


Hadiah disampaikan oleh YB Datin Hajah Fatimah Abdullah, Ahli DUN Sarawak.


Jadi setakat ini sahaja entry aku pada kali ini...esok aku wat entry pasal aktiviti lain pulak di Pesta Kaul.. Ok semua.... Peace out!!!!!!


2 comments:

H said...

Huyoohh.. nak ngorat.. hahah

Shah said...

cantik & update. Tahniah bro banzai