Peminat

Saturday, May 21, 2011

Dah Bukan Rezeki...






Assalammualaikum dan salam sejahtera pada semua...

Cam sedih plak tajuk entry aku ni kan? Ahaha..nak buat camne kalau dah bukan rezeki... Rezeki apa pula ni kan? Ada orang nak tutup periuk nasi aku ke? Siapa la nak tutup periuk nasi aku. Aku kerja government..tak ada masalah laa...

Korang ingat lagi tak entry aku yang lepas? Alaa..yang nak ke Betong tu.... Aaaa..yang pertandingan Action Song...masuk ke peringkat negeri, tak dapat nombor tahun ni..huhu..takpe la kan... So, aku nak cite sket la perjalanan aku di sana...

So perjalanan aku bersama team bermula di hentian bas dan mula bergerak hampir pada jam 8 pagi. Sebenarnya bukanlah ke Betong, tetapi ke Saratok sebenarnya.. Awat jadi lagu tu? Saratok dalam daerah Betong. Itu la sebabnya..





Jadi sebelum sampai ke destinasi yang di tuju, kami berhenti dulu di bandar Sarikei. Kat sini ada la gak tempat yang cantik untuk amik gambar. So, menara jam la gambar pertama aku amik.



Ada juga orang tempatan lepak kat bawah menara tu... Rosak pemandangan. Tapi bagi aku, itu adalah situasi life bagi sesuatu gambar... Kira ada scene la...








 
Jadi ada monumen lain yang berdekatan mena jam tadi. Arca nenas. Apa yang aku ketahui, Sarikei adalah pengeluar buah nenas macam negeri Johor.

Tak sangka la kan?

So, memang ada la yang bergambar dengan buah nenas nih.








Jadi kami berhenti ni bukan la saja-saja. Pertama sekali, kami menjemput orang yang akan turut join pertandingan.

Sambil-sambil tu, kami makan tengahari la.. Makanan dah disediakan untuk anak murid aku. Untuk aku dengan cikgu2 yang lain? Kena order la dari restoran berdekatan. Nasib baik la ada yang halal.





So, lepas kami makan, kami pun menunggu bas tiba mengambil kami di terminal satu. Tempat bot penambang. Macam cite P.Ramlee, Pendekar Bujang Lapok. Tapi dah moden la kan..bot2 semua dah jadi bot ekspress. Macam feri ke Langkawi tu...


Sementara menunggu bas kunjung tiba, sempat la aku snap gambar sekitar.




Pasar ni betul- betul berdepan dengan terminal tadi.

Sempat jugak la aku snap pic sendiri dengan member aku  yang tengah jaga anak orang.



Bas pun dah sampai maka kami teruskan perjalanan ke destinasi kami iaitu Saratok. Sekolah yang nak kami tuju adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia, Saratok. Situ adalah tempat untuk kami bertanding Action Song dan Sekolah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman untuk pertandingan Public Speaking dan Story Telling. Masalah mula timbul kerana kami kena mendaftar di SK sedangkan bertanding di SMK. Aduhh..dah kena patah balik ke sana semula. Nasib baik ada rakan guru yang drive kereta. Terima kasih cikgu Zailan.

Dah abis mendaftar, kami pun menuju ke asrama yang disediakan. Yang lelaki tinggal di aspura dan perempuan di aspuri. Dah jadi satu hal baru pula. Member aku cakap tak bagus pisahkan murid lelaki dan perempuan jauh sangat. Ye laa.. masing-masing tahun 2 dan 3. Kecil lagi. Nanti ada aktiviti apa2, susah pula.

Nak dijadikan cerita, semuanya dipindahkan ke aspuri. Ada bilik kosong. Aku? Takkan aku nak join ke aspuri? Boleh tu boleh la nak tido sebab bilik asing-asing. Tapi masalah yang aku pikir time adalah macam mana aku nak mandi pe semua tu? Susah ooo.. Dah la ada student perempuan SMK. Nanti jadi apa2, konfem aku kena.

Nasib baik ada cikgu Agnus, dia nak tido di rumah sepupu dia btul2 belakang SK. Dia offer baik punya. Tunggu lagi... Dan kebetulan cikgu Zailan mencari hotel, tapi semua penuh. Dia pun terpaksa join aku tido kat rumah sepupu cikgu Agnus. Terima kasih banyak cikgu Agnus dan sepupunya.



So petang tu aku tak tahu nak buat apa. jadi aku ambil keputusan nak keluar jalan-jalan sekitar bandar Saratok ni. Tak besar mana pun.

Jadi aku lepak je kat monumen bandar ni.

Menara Majlis Daerah Saratok.

Sebab apa aku lepak kat sini? Sebab ada budak2 main skateboard depan monumen nih. Pergh..kat Mukah lom ada lagi aktiviti macam gini.

Diorang ni macam dalam belasan tahun la. Maybe dah ada 20-an gitu. Tapi tak ekstrem macam skater kat semenanjung tu. biasa2 je..

Jadi aku amik la beberapa keping aksi diorang.






 Dan malam mula berlabuh. Keesokkan harinya, cikgu Zailan pinjamkan keretanya kat aku sebab jarak ke tempat pertandingan Action Song dalam 1 km. Kalau nak berjalan, memang pecah peluh laa... Pertandingan bermula jam 9.30 pagi. Jadi aku gerak jam awal setengah jam. Bila dah sampai, aku setting la barang2 yang perlu. Dah selamat semua, aku pun snap la gambar2 kat sekeliling aku masa tu.






Maka bermulalah pertandingan..






 Jadi habis je pertandingan, kami rehat dulu, makan2 lebih kurang. 







Sementara diorang dok makan, aku ada kat belakang pentas. Kemas semua props yang digunakan untuk pertandingan tadi. 


Sambil2 tu berbincang sama ada ok ke tidak persembahan. Masing2 pakat setuju at least dapat la tempat di kalangan top 3.

Chewaahh...rasa cam hebat. Tapi aku tak nafikan sebab team aku memang agak menyerlah.






So, acara penutupan bersambung petang itu di SK..dah kena pergi sana pulak untuk menerima sijil dan mendengar keputusan pertandingan. Tengah dok berdebar2 tunggu keputusan nih! Jadi pengacara majlis pun mula mengumumkan pemenang.
(Aku skip terus ke pemenang pertandingan Action Song sebab banyak lagi kategori dan ucapan panjang)

PENGACARA MAJLIS:
"Pemenang tempat ketiga ialah.......dari Bahagian Samarahan!"

Huh!! Konfem team aku nombor dua ni....

"Naib johan dimenangi oleh................Bahagian Miri!!"

Haaaa...Yeaahh...Team aku nombor satu la ni!! Eh? Tapi, bahagian Kuching tak dapat nombor ke? Kita tunggu dulu...

"Johan pertandingan Action Song 2011 peringkat negeri Sarawak ialah...........Bahagian Kuching!!!!"


OWWHHHH!!! Kalah rupanya team aku..huhu..takpela...lain kali pula kita bertanding. Jadi, kami pun pulang dengan harapan yang punah. Well, nak buat camne. Dah takde rezeki. Anak murid aku boleh dikatakan hampir semua la down. Tapi aku tak la sedih sangat sebab dalam perbincangan semula antara kami, aku rasa ada yang tidak berlaku adil. Aku pun cakap gini je. 
"Lain tempat, lain peraturan"


So, aku hepi - hepi jer..Ohhh Yeeeaaahhhhh!!! Lain kali kita cuba lagi. Mana la tau rezeki kita pulak ke peringkat kebangsaan. Owh..BTW yang johan akan mewakili Sarawak dan bertanding di Negeri Sembilan 28 Jun ini.

Setakat ini je la entry aku. Terima kasih sebab rajin membaca. OK semua!!

PEACE!!!!!

1 comment:

aSYRaFF aL-RaSYiD said...

lpas bace entry nie, xsabar rsenye nk jd cekgu..klo bleh nk jd esok jgak tp bynk lg kne blaja nie

sy follow ye
aSYRaFF aL-RaSYiD(bakal guru, insyaALLAH)