Peminat

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Gawai: Gayu Guru Gerai Nyamai

Assalammualaikum....entry aku kali ini adalah berkenaan sambutan perayaan Hari Gawai yang disambut meriah oleh kaum Iban di negeri Bumi Kenyalang iaitu Sarawak.

Gayu Guru Gerai Nyamai - yang bermaksud, long life, health and prosperity.

Nak tau lebih lanjut, klik HERE. Malas nak cite panjang2 sebab takut salah sabdu. Yang aku tahu,

Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban, Bidayuh, dan Orang Ulu di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu.

Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.

Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Jadi apa yang aku nak cite sebenarnye, aku baru balik dari majlis makan malam sempena Hari Gawai (semalam). Bukan la gi makan, tetapi amik gambo..dengar kata ada pertandingan Ratu Gawai..Hoh! Tunggu lagi?


So sebelum aku pergi ke majlis tu, sempat la aku snap gambar senja ni...sebab cuaca yang agak memberansangkan, langit biru, so aku agak aku dapat snap gambar matahari tengah turun...

 


Memang ramai yang turun dinner ni. Bukan sebarang orang je yang dapat masuk sebab satu meja ni berbayar.







Aku tak bayar so aku ni adalah orang luar. Huhu.. Konfem la aku tak dapat makan kan?
Haha! Aku dapat makan juga sebab nama aku di bawah nama band D'Sago yang membuat persembahan malam tu.
Terima kasih Cikgu Zelan!!!








Jadi sebagai permulaan majlis, ada adat-adat yang perlu dijalankan.










 So ada la sedikit ucapan. Maybe doa kut..sebab aku memang tak faham Bahasa Iban.



Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang
Timbalan Ketua Menteri Sarawak
merangkap
Menteri Permodenan Pertanian & Pembangunan Luar Bandar
memberikan ucapan sempena
Majlis Makan Malam Perpaduan Gawai Dayak
Bahagian Mukah 2011
"SEGULAI SEJALAI"






Sementara menunggu ucapan YB yang panjang lebar habis, sempat lagi aku ke belakang pentas nak snap gadis etnik yang akan membuat persembahan.










So dah sampai masanya band D'Sago membuat persembahan. Kalau korang nak tau, ahli-ahli band ini terdiri daripada pekerja kerajaan. Aku dah sebut tadi Cikgu Zelan, dia adalah drummer.







Cikgu Patrick dari Pejabat Pelajaran Daerah Mukah dan Cikgu Nurul, isteri Cikgu Zelan sebagai penyanyi


.

Artis yang dijemput untuk memeriahkan lagi majlis malam itu adalah Claudia AF7



Habis segmen nyanyi, segmen tarian etnik Iban plak berlangsung.

Akhirnya, yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Ratu Gawai menjadi rebutan.



 Hanya tiga sahaja gambar yang dapat ditayangkan sebab gambar-gambar lain blurrr...rugi ah!

Ingatkan dah habis, rupa-rupanya ada lagi!! Tapi bukan gadis la, tetapi lelaki macho yang berpakaian etnik Iban. Boleh tahan...


 Aku tak tunggu lama nak dengar keputusan, siapa pemenangnya. aku gerak awal pulang ke rumah sebab dah lewat sangat. Memang satu pengalaman yang best. Tapi mesti lagi best kalau dapat ke majlis sebenar di rumah panjang. Hhehehe...

Setakat ini sahaja entry aku. Tunggu entry untuk Hari Guru pula..
Orait guys....Peace out!!!!



3 comments:

kindergartenlibrary said...

meriahnya !

Adam Haiqal said...

meriahnya hari guru kat sana..........

aBANgZAI said...

Hadeehhh..Adam, ini Hari Gawai laa.. Hari guru esok....