Peminat

Sunday, May 1, 2011

PESTA KAUL

Assalammualaikum~~~~pakcik makcik, dah mencekik ke belom?

Wahahaha.....apa habaq suma...janji tinggal janji...baru nak update blog. Ku gagahkan jua mata, tangan dan tenaga untuk menunaikan janji ku pada pembaca blog aku...disebelah lappy ku sekarang ni telah tersedia nescafe 3 in 1 Haluuuuuussss....5 peket dalam satu mug besar....baru balik dari tapak karnival kerana menjalankan amanah yang diberi walaupun terdapat kepincangan secara dalaman...letih woooooooo~~~~

Meh cite sket tentang Pesta Kaul...



"Pesta Kaul adalah pesta keramaian tradisional yang disambut oleh orang Melanau yang tinggal di sepanjang Pantai Sarawak. Pada masa dahulu, Kaul dilihat sebagai upacara keagamaan untuk memuja roh tanah, hutan, laut dan pertanian. Perubahan agama kepada Islam dan Kristian telah membawa dimensi baru kepada kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai pesta sosio-budaya. Pesta Kaul Mukah merupakan antara salah satu acara dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak yang diraikan dalam bulan April setiap tahun. Pesta ini menyajikan khazanah budaya kaum Melanau dalam aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam."
-Pejabat Residen Mukah www.mukahro.gov.my

Macam yang aku dh cerita post yang lepas. Ada banyak aktiviti yang dijalankan...x sempat nak amik gambar suma..jadi aku post je la pic yang ada...aku memang x edit tau...











 Gambar2 di atas aku shoot waktu malam sebab waktu siang aku sibuk jaga booth....ni gambar 2 hari lepas..
Pastu siang plak sempat shoot budak kecil seronok bermain dengan layang2 selepas aktiviti ucapan di pentas dan makan berambeh....mmg x shoot sebab baru sampai pentas dh abis....








Permainan tradisional Tibao...yang dimainkan sambil dibaca mantera...ada pantang larang gak ni...permainan ini adalah turun temurun dan menguji keberanian untuk melompat. Ada sekali tu member ada shoot nenek yang dh tua bermain Tibao nih...taun lepas nye....huh...kalah orang muda....

Pastu malam tu plak ada "Bermukun" macam joget lambak laa...



Banyak aktiviti aku terlepas sebenarnya..jadi aku tunjuk je la mana yang ada.....nanti aku post pasal karnival fotografi plak dan yang sewaktu dengannya....sabar dulu la ek? Orait geng. Peace!!!!

2 comments:

Enna Banana said...

oh my! syoookk!! abng zai! carikan enna boyfren sarawak boleh? plissshh >.<

Zainurin Zin aka BanZai said...

Eh? bukan Enna dh ada buah hati ke? Hihi...