Peminat

Friday, August 12, 2011

Di Azab Kerana Berbuka Sebelum Waktu


 Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Ketika aku tidur, dua orang lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua-dua belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu. 

Mereka berkata: "Dakilah."

Aku berkata: "Aku tidak boleh melakukannya."


Mereka berkata: "Kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya."


Maka, aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung. Kemudian, aku terdengar suatu suara yang sangat kuat. 

Aku bertanya: "Suara siapakah itu?"


Mereka menjawab: "Itu adalah jeritan penghuni neraka."


Kemudian aku dibawa pergi dan aku melihat orang digantung pada buku lalinya, mulut terkoyak dan mengalir darah.

Aku bertanya: "Siapakah mereka itu?"


Mereka menjawab: "Mereka ialah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya."."

(Riwayat al- Baihaqi)

Jika orang yang berbuka lebih awal menerima hukuman yang keras sedemikian rupa, bagaimana pula jika seseorang itu tidak berpuasa? Anak kecil yang belum mencapai usia baligh masih boleh dimaafkan lagi, tapi ketegasan perlu ditunjukkan buat mereka yang sudah berstatus mukalaf.

Wallahualam....

Dipetik dari Majalah Solusi isu #34


1 comment:

Yana Farinha said...

hye... nice blog.. kite da folo awk... jom singgah blog kita.. www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com